LOKALITI 2:  JERAM BESU, JALAN RAUB – BENTA


Batuan di kawasan ini dipanggil komplek Migmatit Benta.  Richardson (1939) telah memberi pandangan yang batuan-batuan ini wujud hasil dari proses assimilasi batuan ultrabes awal dari Granit Benom, yang terletak di bahagian timur kawasan ini.  Khoo (1968) berpendapat semua batuan di kawasan ini telah termetamorf, dan beliau mencadangkan siri fasis tekanan-rendah.  Hunchison (1971) pula mencadangkan pembentukan kompleks ini tidak ada kena mengena dengan Granite Benom.  Dan banyak lagi tafsiran dan kajian yang telah dilakukan dalam kompleks ini.  Walaubagaimanapun, batuan di kawasan ini terdiri dari pelbagai litologi batuan dan dengan itu ianya dipanggil sebagai kompleks. 

Komplek Migmatite Benta terdiri dari 5 jenis batuan:--

1.        Psammite

2.        Gneiss

3.        Metabasite

4.        Monzonite

5.        Leuko-microgranite

 

Foto 1.  Kompleks Migmatite Benta yang tersingkap dengan baik di Jeram Benta, berdekatan dengan Pekan Benta (Jalan Raub-Kuala Lipis).

Foto 2.  Bongkah batuan Monzonite yang bertekstur porfiritik.  Kelihatan dengan jelas adalah fenokris K-Feldspar.

Foto 3.  Sentuhan yang jelas di antara batuan Monzonit dengan batuan gneiss (Foliated Gneiss)/Psammite yang memperlihatkan cirri foliasi yang jelas.  Tukul menandakan tempat sentuhan antara batuan ini.

Foto 4.  Telerang kuarza yang memotong salah satu batuan di sini.

Foto 5.  Telerang kuarza yang dipotong oleh dua sesar dalam batuan Monzonit.

Foto 6.  Kesan muka upam yang menunjukkan sesar; jelas memperlihatkan mineral klorit yang berwarna hijau.  Bongkah batuan metabasite (?)


Gerak kerja pelajar :  Pelajar dikehendaki mengumpulkan kesemua jenis batuan yang terdapat di kawasan ini  (Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah)