LOKALITI 5 :  Gua Batu kapur Bama

Gua batu kapur yang menunjukkan morfologi kars; i.e. gua batu kapur, takuk laut, stalaktit, stalagmit, turus, gua, saliran bawah tanah dan sebagainy.  Batu kapur di bahagian bawah (batuan sedimen bertuf ?) menunjukkan struktur perlapisan manakala bahagian atas adalah lebih masif.  Beberapa fosil brakiapod, Phricodothyris sp. Dan karang Lophophyullidium sp. Boleh diperolehi di bahagian bawah iaitu bahagian peralihan antara batuan sedimen bertuf dengan batu kapur yang masif.

Foto 1.  Geopelancungan kawasan batu kapur Gua Bama boleh menjadi kawasan tarikan manusia yang sukakan keindahan ciptaan Allah.  Kelihatan batu kapur Gua Bama yang masif di bahagian atas, manakala bahagian bawah menunjukkan ciri-ciri perlapisan.

Foto 2.  Peserta ekspedisi ke Jalur Tengah/Pantai Timur sedang berehat sambil menikmati keindahan Gua Bama

Foto 3.  Bahagian bawah Gua Bama yang memperlihatkan struktur perlapisan yang jelas.  Ada yang menyatakan batuan ini sebagai batuan sedimen bertuf (?).  Di bahagian atas foto menunjukkan morfologi takuk laut disebabkan oleh hakisan air.