LOKALITI 7:  JALAN PADANG TENGKU - MERAPOH

Singkapan bongkah-bongkah batu kapur yang mengandungi fosil batang krinoid.  Batuan berwarna kelabu cerah dan memberikan kesan yang positive terhadap acid HCl.  Fosil ini boleh dilihat pada permukaan atas bongkah batu kapur dengan jelas.  Batu kapur ini terletak dalam Formasi Gua Musang yang berusia Trias.  Terdapat juga morfologi kars yang terdapat di sini; i.e. pinnacles seperti yang terdapat di Gua Mulu Sarawak. 

Foto 1.  Singkapan bongkah batu kapur di lokaliti ini.  Kelihatan bentuk kars; i.e. bentuk meruncing/tajam bahagian atas bongkah akibat dari proses perlarutan batu kapur.


Foto 2.  Fosil krinoid dalam batu kapur.  Fosil ini terdedah pada permukaan atas batu kapur ini akibat dari luluhawa.  Skala geologi ialah jari penunjuk Dr. Wan Zuhairi