Pencemaran Tanih

Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai kawasan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya kawasan yang berlebihan ini akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem. Bagi industri air mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya ronga2 kosong dibawah tanah dan ini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain itu sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Rumah Hijau juga memberi kesan kepada tanih dimana ia menyebabkan kenaikan penguraian guna tanih sekaligus meninggikan hasil tanaman. Pada zaman dulu pula antara punca pencemaran kepada alam sekitar oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh kegiatan melombong menggunakan kapal korek. Kapal korek ini biasanya dilakukan di kawasan yang lapang. Jadi selepas bijih timah habis di lombong, kawasan tersebut akan ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana sebarang aktiviti biologi tidak dapat dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar dengan pelbagai sisa daripada indutri perlombongan.

 

 

Punca-Punca Pencemaran Tanih                 

                                                                          

Antara punca-puncanya ialah:
1.    Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
2.    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran tanah.
3.    Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.

 

Kesan Pencemaran Yang Memudaratkan tanah

 

1.    Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
2.    Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.


3.    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia.


4.    Pencemaran alam juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELUAR