PROFIL
KEBERKESANAN KAEDAH PELUPUSAN
SISA BUANGAN DI MALAYSIA
Pengenalan
Terdapat 2 jenis sisa
buangan iaitu jenis sisa buangan
pepejal dan jenis sisa buangan toksid. Ia merangkumi beberapa jenis bagi setiap
jenis sisa buangan tersebut. Sisa pepejal terdiri daripada beberapa jenis
iaitu:
Bil |
Jenis Buangan |
1. |
Sisa Pepejal Domestik daripada sisa-sisa makanan
dan sampah sarap dan juga benda-benda pukal daripada kawasan perumahan,
perniagaan, sekolah dan kawasan-kawasan awam. |
2. |
Buangan barang-barang pukal seperti rangka/bingkai
kenderaan, barang-barang elektrik, perabot, tayar buruk dan sebagainya. |
3. |
Buangan daripada perlombongan dan kuari |
4. |
Bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan
bangunan-bangunan |
5. |
Sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis
khinzir, najis lembu, sekam padi dan sekam kayu. |
6. |
Sisa buangan taman (garden waste) |
7. |
‘Non Toxic Industrial Waste’ |
Bagi jenis sisa buangan toksid pula antara jenis –
jenisnya ialah:
Kumpulan |
Jenis Buangan |
A |
‘sisa minyak’ ,minyak hidraulik, , minyak gerudi,. |
B |
‘bahan buangan kimia
organic’ mengandungi halogen atau
sulfur. Sisa buangan yang
mengandungi bahan halogen yang berupaya
melarut bahan lain seperti trikloroetilena, tetrakloroetilena,
kloroform, kloroetana, gendklena dan freons”. ‘selain daripada bahan buangan kimia organik’ |
C |
‘ sisa pelarut Organik’ tiada halogen atau sulfur <1% sisa mengandungi keupayaan >50% melarut seperti
petrol, turpentin, benzena, toluena, xylena, etanol, propanol, aseton |
H |
‘bahan buangan kimia
organik’ tanpa halogen atau sulfur cat lama, bekas
penyulingan, kimia organik yang terdapat tar, minyak masak, , sisa gam,sisa
sabun, gris, sainida alkali |
K |
‘bahan buangan yang
mengandungi merkuri’ cecair COD
, bateri merkuri, |
T |
‘sisa pestisid’ bahan insektisid, penyembur serangga dam fugus |
X |
‘bahan kimia inorganik’ asid hidroklorik
dan nitrik, sodium hidroksida, besi teroksida |
Z |
‘bahan bangan lain’ |
KAEDAH PELUPUSAN SAMPAH
Terdapat beberapa kaedah yang
biasa di gunakan untuk melupus sampah iaitu kaedah penimbusan tanah atau lebih
dikenali sebagai Landfill dan juga kaedah Insinerator iaitu pembakaran tertutup.
Bagi kaedah Landfill, banyak cara atau kaedah yang digunakan merangkumi:
i.
Kaedah ‘Open Dumping’
Kaedah
ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan di merata-rata tempat seluruh
Malaysia. Kaedah ini tidak teratur dan
terdedah kepada bau busuk dan pembiakan serangga dan binatang
ii.
Kaedah ‘Sandwich’
Kaedah
penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar.Setiap antara
lapisan ini ditimbus/ditutup dengan tanah.
Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu
lebar (luas), maka bahan-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak ditutup
untuk beberapa hari menyebabkan bau busuk dan sebagainya.
iii.
Kaedah ‘Cell’
Kaedah
penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan dengan lapisan tanah
pada setiap hari iaitu dengan ketebalan 20 cm.
Pada lapisan penutup perantaraan hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan
akhir penutup pada ketebalan 60cm.
Pemilihan tapak landfill
Dari segi bilangan adalah wajar diwujudkan sekurang-kurangnya satu
tapak bagi setiap 30,000 penduduk ataupun dalam lingkungan 10km bagi sesebuah
kawasan petempatan atau perumahan.
Setiap tapak pelupusan ini pula perlulah mempunyai sokongan beberapa
tapak pengumpulan sampah dalam lingkungan 5km.
Tapak pelupusan adalah dihadkan kepada pelupusan buangan sisa
pepejal. Pemilihan tapak adalah
berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial dan alam
sekitar dan jenis gunatanah yang tidak sesuai dipertimbangkan adalah seperti
berikut
i.
Fizikal
a.
Tidak
termasuk kawasan bekalan air dan tadahan air;
b.
Tidak
termasuk kawasan banjir;
c.
Tidak
termasuk kawasan aliran air (sungai dan paya);
d.
Paras
air bawah tanah yang rendah;
e.
Bertanah
pawah;
f.
Kawasan
paya dan berlumpur
g.
Muara/pesisiran
pantai; dan
h.
Tapak
yang sesuai untuk pertimbangan adalah zon industri dan terdiri dari gaung/lurah
yang tidak ada kepentingan, bekas tapak lombong, bekas kolam yang digali dan
bekas kawasan taliair dengan memenuhi syarat EIA.
ii.
Ekonomi
a.
Lokasi
– jarak masa dari tempat sumber utama bahan hendaklah tidak melebihi ½ hari
perjalanan sebab sisa-sisa ini cepat busuk;
b.
Keluasan
minimum tapak 50 – 60 hektar
c.
Jangka
usia projek kira-kira 20 tahun
d.
Mudah
mendapatkan tanah untuk penimbusan
e.
Mempunyai
laluan dan jalan keluar masuk yang sempurna
f.
Tidak
mempunyai halangan untuk tujuan pembesaran tapak projek
g.
Mengambil
kira faedah tapak pelupusan selepas siap jangka projek
iii.
Sosial
a.
Hakmilik
tanah – utamakan tanah kerajaan untuk memudahkan urusan pengambilan balik
b.
Tanah
yang terhad dari aspek gunatanah juga boleh dipertimbangkan.
c.
Jauh
dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan keutamaan
pembangunan hendaklah sekurang-kurangnya 5 – 10 km sebagai langkah untuk
menyekat dari bau busuk, habuk dan bising
d.
Jauh
dari kawasan-kawasan yang mempunyai nilai estatik, sejarah dan tempat-tempat
pengekalan (preservation & conservation area)
e.
Tempat
yang tidak mempunyai kehidupan liar dan binatang terpelihara
f.
Tidak
memberi kesan ke atas kehidupan laut
g.
Jauh
daripada kawasan kegunaan awam
iv. Alam Sekitar
a.
Pertimbangan
dari aspek geoteknikal iaitu gunatanah sediada, jenis permukaan tanah, paras
air bawah tanah dan kestabilan kecerunan termasuk Laporan EIA:
b.
Pertimbangan
dari kesan pencemaran air bawah tanah dan permukaan air terutamanya kesan
pencemaran kepada air minuman;
c.
Pertimbangan
juga diambil kira jika kawasan tersebut dilanda banjir; dan
d.
Mengambil
kira kesesuaian tapak dengan kawasan persekitarannya.
Kaedah Insinerator
Model
Ringkas Insinerator
Insinerator
adalah satu alat yang berupa tungku pembakaran yang dapat digunakan untuk
pengolahan limpah padat.Teknologi incinerator ini merupakan teknologi yang
banyak digunakan dipelbagai negara maju untuk mengatasi masalah limpah padat
yang berasal dari industri mahupun domestik.
Kaedah ini merupakan jalan yang sesuai untuk
melupuskan bahan yang tidak terbiodegrasi dan bahan dikitar semula. Kaedah
insinerator dibuat pengasingan atau pemilihan sisa untuk dibakar supaya hanya
bahan kimia tertentu sahaja yang akan dibebaskan. Tidak perlu kawasan tapak
yang luas dan meminimunkan penggunaan tanah. Ia boleh digunakan dalam
penghasilan tenaga elektrik.
Pada masa ini terdapat 7 sistem incinerator
mini dilaksanakan dengan kos sekitar 17
billion di beberapa pulau peranginan seperti P ulau Langkawi, Pangkor, Tioman
dan Labuan. Tidak keterlaluan jika dikatakan insinerator adalah satu-satunya
jalan penyelesaian drastik.
KESAN – KESAN
AKIBAT PENGGUNAAN KAEDAH
TERSEBUT
Kaedah
Incinerator
Kaedah ini mewujud ancaman kepada
alam sekitar kerana ia
melibatkanpembakaran yng boleh menghasilkan bahan toksik seperti dioksin ,furan
dan merkuri. Dioksin, furan dan merkuri yang dibebaskan boleh menyebabkan kemandulan
dan penyakit kanser. Bahan kimia tersebut juga bpleh merosakkan sistem
ketahanan badan dan mengganggu fungsi hormon lalu menyebabkan pelbagai jenis
penyakit. Dua bahan kimia yang dikait rapat dengan incinerator,iaitu bahan berklorin
akan membebaskan dioksin manakala bahan berhalogen akan membebaskan Furan
Kaedah
Landfill
Kaedah ini juga boleh
menyebabkan wujudnya 2 masalah utama yang membabitkan alam selkitar
iaitu :
1.)
Leachate
Leachate merupakan
cecair yang mengandungi bahan kimia terlarut serta campuran bakteria yang
berbahaya.. Ia terhasil apabila sampah yang di longgokkkan akan bersentuhan
dengan air permukaan atau air bawah tanah yang masuk kedalam longgokkan sampah
tersebut (landfill). Sekiranya air tersebut masuk, ia akan melarutkan segala
bahan kimia dalam sampah secara tindak balas kimia serta biokimia lalu menghasilkan bahan kimia terlarut
yang dikenali sebagai leachate. Walau bagaimanapun, tabii dan kekuatan leachate bergantung kepada;
a)
Komposisi
air sampah
a)
Jangka
masa sentuhan antara air dan sampah
b)
Kuantiti
air yang bersentuhan melalui sampah
Terdapat 2
komponen utama leachate iaitu, bahan kimia organik dan logam berat. Bagi bahan
kimia organik, ia merangkumi segala bahan larut hasil daripada proses
penguraiaan keatas sampah contohnya; keton, benzena, eter dan alkohol. Logam
berat pula termasuklah; Ni, Pb, Cd, Zn dan merkuri. Apa yang menjadi masalah
ialah, leachate akan masuk ke dalam air permukaan seperti sungai dan sekaligus
akan mencemarkan air sungai dan secara
tak langsung akan mengubah flora dan fauna dalam sungai tersebut. Di samping
itu juga, leachate boleh mencemari air bawah tanah dan mempengaruhi kualiti dan pH air. Apabila leachate
memasukki air bawah tanah ia akan menggangu aliran air bawah tanah. Hal ini
boleh menganggu kitaran air dan ekosistem air bawah tanah. Untuk membaik pulih
keadaan tersebut pastinya memerlukan kos pemulihan yang agak tinggi.
2.)
Gas landfill (metana)
Gas landfill adalah
salah satu kesan akibat daripada kaedah landfill ini. Ia mengandungi metana
(55%), CO2(45 %) dan lebih dari 100 terdiri daripada unsur-unsur
surih. Metana terbentuk hasil daripada tindak balas anaerobik ke atas sisa organik. Gas metana ini mudah
terbakar dan merupakan gas rumah hijau. Gas metana yang terhasil dalam landfill
mudah meresap keluar secara lateral atau menegak. Walau bagaimanapun, ia juga
boleh dijadikan sebagai sumber tenaga dimana, gas tersebut di kumpulkan dan dibakar
bagi menghasilkan tenaga elektik
Langkah-langkah
mengatasi
1.) Kawalan Keselamatan
i.
Kawalan Ke Atas Air Kurasan (Leachate Control)
Air
kurasan akan terbentuk apabila proses pereputan (decomposition) terjadi dalam
bahan sisa buangan pepejal.
Air kurasan ini mengandungi kandungan
‘Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan ‘Chemical Oxygen Demand’(COD) yang
tinggi. Anggaran komposisi air kurasan
di tapak pelupusan adalah kira-kira 800mg/l kandungan BOD dan 1200 mg/l
kandungan COD.*
a.
Kawalan
ke atas permukaan air iaitu disalur keluar melalui perparitan yang disediakan
berasaskan piawaian ‘parameter’ yang ditetapkan bagi kawalan air kurasan dan
air bawah tanah oleh Jabatan Alam Sekitar.
b.
Sistem
peparitan ‘perimeter dyke’ sementara, kolam perangkap mendap dan perangkap
mendap hendaklah dibina di kawasan punca bahan timbus. Sebarang pelepasan dari kolam perangkap ini
tidak boleh mengandungi pepejal terampai melebihi 150 mg/l. Laporan pengawasan pelepasan dari perangkap
mendap ini hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar setiap 3 bulan
sekali dari tarikh kerja tanah.
c.
Kemudahan
‘leachate collection’ hendaklah disediakan.
Sebarang pelepasan air kurasan tidak dibenarkan dilepaskan ke dalam
mana-mana alur air kecuali diolah terlebih dahulu untuk mematuhi Piawai B. Jadual ketiga, Peraturan-peraturan Kualiti
Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Kumbahan, Pengolahan dan Pelupusan
Buangan Berjadual) 1989.
ii. Kawalan Ke Atas Pelepasan
Gas (Gas Venting Control)
Pewujudan dan pergerakan gas
terutamanya ‘carbon dioxide’ dan ‘methane’ di dalam tapak penimbusan menjadi
aktif walaupun bertahun-tahun lamanya selepas projek penimbusan ini selesai di
mana akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya dengan cara mengosongkan
oksigen dari zon akar tumbuh-tumbuhan tersebut.
Bentuk kawalan yang diperlukan ialah:;
a. Mematuhi syarat-syarat
geologi, hydrologi dan menggunakan tanah-tanih asal untuk tujuan penimbusan.
b. ‘Permeable Method’ –
Pergerakan gas secara sisian ke arah tanah bersebelahan boleh disekat dengan
menggunakan sumber bahan yang dapat menelapkannya iaitu lohong/lubang-lubang
batu kerikil (gravel vents) atau parit-parit yang dipenuhi batu kerikil (gravel
filled trenches).
c. Permukaan atas lohong-lohong
batu kerikil tidak boleh ditimbus dengan tanah-tanih ataupun ditanami sebarang
tumbuh-tumbuhan supaya dapat mengekalkan kelembapan dan menyekat pelepasan gas.
d.
‘Impermeable
method’ (Gas Barrier Membranes) – pergerakan gas melalui tanah boleh dikawal
dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak telap di mana gas-gas ini tidak boleh
serap di sekitarnya dan dialirkan ke permukaan atas. Bahan-bahan yang tidak telap adalah seperti lapisan tanah liat
dengan ketebalan di antara 50 – 120 cm ataupun menggunakan kaedah lapisan sintetik
Bahagian- bahagian
Tapak Pelupusan Sampah
|
|
Bahagian asas tapak Pelupusasn sampah pada rajah diatas menunjukkan:
I.
Sistem
utama – memisahkan sisa buangan dan leachete daripada air bawah tanah
II.
Sistem
pengumpulan air hujan – mengumpul air hujan yang terdapat pada tapak pelupusan
sampah
III.
Sistem
pengumpulan leachete – mengumpul dan menapis leachete
IV.
Sistem
pengumpulan gas metana – mengumpul dan mengawal pembebasan gas metana
Lampiran
Gambar
Gambar 1: Salah satu
kawasan tapak pelupusan sampah |
Gambar 2: Paip pengumpulan
air dari landfill disalurkan ke sistem saliran air |
Gambar 3: Kolam
pengumpulan leachate yang direka untuk mengelekkan pencemaran berlaku |
Gambar 4: Paip pengumpulan
gas metana digunakan untuk memerangkap/ menapis gas berbahaya |
Gambar 4: Paip penunjuk aras air bawah tanah |
Gambar 5: Pelapik
digunakan di bahagian atas landfill |