PERLOMBONGAN DAN KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR

 

Perlombongan

 

  • Defenisi : merupakan satu proses carigali atau pencarian longgokan mineral yang baru dan memeriksa simpanan yang telah ada dimana ianya boleh memberikan masalah kepada alam sekitar.
  • Terdapat 2 teknik perlombongan iaitu :
    1. Perlombongan di permukaan .

         Open pit mining (lombong dedah)

         Area strip mining (tanah rata)

         Contdur strip mining (tanah tinggi)

         Placer mining (longgokan daripada hujang )

    1. perlombongan di bawah permukaan .

         Longwall mining

         Bilik

         Tiang

  • Terdapat 2 sumber bumi yang dilombong iaitu :
    1. Sumber yang boleh di perbaharui.

         Radioaktif

         Tenaga kimia

         Tenaga elektrik

    1. Sumber yang tidak boleh di perbaharui

         Kebanyakan terdiri daripada sumber mineral

         Petroleum

         Longgokan emas

  • Carigali dalam perlombongan menggunakan beberapa kaedah iaitu :
    1. Satelit images
    2. Geological studies
    3. Analisis kimia
    4. Geofizik investigation

PERLOMBONGAN DI MALAYSIA

 

 

  • Bilangan lombong yang beroperasi pada akhir tahun 2000 ialah sebanyak 40 buah. Perlombongan timah hanya tertumpu di Semananjung Malaysia.
  • Mineral utama yang dihasilkan termasuklah timah, emas, besi, arang batu, bauksit dan kaolin. Manakala mineral- mineral seperti zirkon, ilmenit and struverit merupakan hasil sampingan dari perlombongan timah.
  • Terdapat 23 buah lombong di Perak, 11 buah di Selangor, 2 buah di Johor dan Pahang dan 1 buah di Kedah dan Terengganu.

 

Perlombongan Emas

         Dalam tahun 2000, perlombongan emas telah dijalankan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

         Antaranya 2 buah lombong di Pahang, 1 buah di Terengganu dan 3 buah di Kelantan.

         Negeri-negeri ini telah menghasilkan sejumlah 4,026 kg emas dalam tahun 2000.

         Seramai 653 orang bekerja di lombong-lombong tersebut.

Perlombongan Arang Batu

1. Walaupun arang batu terdapat di Sabah dan Sarawak, hanya lapangan arang batu di Sarawak sahaja yang dimajukan sekarang.

2. Terdapat 6 buah lombong yang beroperasi pada akhir tahun 2000 iaitu 5 lombong dedah dan sebuah lombong bawah tanah.

3. Empat lombong dedah beroperasi di lapangan arang batu Merit dan sebuah lombong bawah tanah di kawasan Silantek. Manakala sebuah lombong dedah telah memulakan operasinya di kawasan Balingian dalam sukutahun keempat tahun 2000.

4. Jumlah bilangan pekerja yang terlibat dalam perlombongan arang batu di Sarawak ialah seramai 219 orang .

Kesan Aktiviti Perlombongan Terhadap Alam Sekitar

         Tiga masalah yang terlibat iaitu:

i) sebelum perlombongan

ii) semasa perlombongan

iii)selepas perlombongan

Sebelum perlombongan

         Kemusnahan flora dan fauna semasa proses mencari dan menyediakan tapak perlombongan di mana mengakibatkan gangguan pada ekosistem alam

         Kemusnahan kepada flora mengakibatkan terjadinya banjir dan tanah runtuh

         Ketidakseimbangan atmosfera berlaku disebabkan oleh kitaran gas yang tidak seimbang

Semasa perlombongan

         Pencemaran bunyi terhasil daripada aktiviti perlombongan seperti letupan, jen tera dan sebagainya.

         Pencemaran udara di sebabkan oleh habuk dan debu serta asap-asap jentera.

         Pencemaran air terjadi daripada sisa yang di hasilkan.

         Menghasilkan kawasan yang mempunyai kestabilan cerun yang rendah di mana boleh mengakibatkan kegagalan cerun dan seterusnya menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh serta meninggalkan permukaan dengan tebing yang curam.

         Kesan kepada perlombongan bawah tanah termasuklah banjir dan runtuhan bumbung

         Masalah gegaran akibat daripada letupan yang boleh ,menyebabkan retakan pada struktur-struktur bangunan.

         Bahaya kepada penduduk sekitar akibat daripada letupan di mana berlakunya penerbangan jasad batuan yang boleh menyebabkan kecederaan.

 

Selepas pelombongan

         Tinggalan lubang lombong yang tidak tertutup dan membahayakan serta menghasilkan pemandangan yang buruk

         Menghasilkan tebing yang curam yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan hakisan yang teruk.

         Sistem saliran tersumbat dan tercemar akibat daripada hakisan dan sisa yang ditinggalkan.

         Pencemaran logam berat yang boleh memudaratkan kesihatan.

         Berlakunya mampatan tanah yang di sebabkan oleh tinggalan lombong bawah tanah.

PEMULIHAN

         Penanaman semula tumbuhan-tumbuhan di kawasan yang termusnah.

         Tambakan semula kawasan yang di lombong iaitu pada kesan korekan yang telah ditinggalkan.

         Menggunakan simen dan konkrit untuk menutup lubang di bawah permukaan.

         Menghasilkan taman-taman rekriasi contohnya di Bukit Besi Trengganu .

         Kempen dan seminar tentang kepentingan tentang cintakan alam sekitar.

         Menghadkan kuasa letupan yang digunakan.

         Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah-pesalah.