PENGENALAN
▪ Apa itu tapak  pelupusan sampah  sanitari?
▪ Sejarah dan evolusi
▪ Jenis dan contoh

KONSEP
▪ Faktor-faktor pemilihan kawasan
▪ Reka bentuk
▪ Kaedah penutupan yang digunakan
▪ Teknik penyelarasan dan pengawalan

KESAN
▪Pengeluaran gas
▪Cecair lesapan

LANGKAH-LANGKAH
▪Punca :Pengeluaran gas
▪Punca :Cecair lesapan

KESIMPULAN

 

   PENGENALAN...

                         

 

            

           Landfill merupakan perkataan Americanisme yang bermaksud isian tanah dalam penterjemahan secara terus. Secara pratikalnya, landfill merupakan tapak pelupusan sampah secara isian tanah. Kaedah pengurusan sampah ini merupakan kaedah yang paling lama dipraktikkan oleh manusia. Landfill merupakan satu kaedah yang menggunakan ilmu kejuruteraan dalam pengurusan bahan buangan pepejal bagi melindungi alam sekitar.

      

           "Sanitary landfill is defined by the American Socoety of Civil Engineers as a method of disposing of refuse on land without creating nuisances or hazards to public health or safety, by utilizing the principles of engineering to confine the refuse to the smallest practical volume, and to cover it with a layer of earth at the conclusion of each day's operation, or at such more frequent intervals as may be necessary."           

            Sanitary landfill pula boleh didefinisikan sebagai tapak pelupusan sampah sanitari. Tapak pelupusan sampah sanitari beroperasi dengan menggunakan konsep kejuruteraan dan reka bentuknya adalah berdasarkan standard antarabangsa.

Kaedah ini adalah berdasarkan 4 langkah asas, iaitu :

(1) Sampah dilonggokkan sementara di suatu kawasan khas

(2) Perataan dan pemadatan terhadap longgokan sampah untuk menghasilkan satu lapisan yang nipis

(3) Penutupan lapisan sampah dengan tanah yang telah dipadatkan sekurang-kurangnya sekali sehari.

(4) Penutupan keseluruhan sistem pelupusan sampah dengan tanah yang terpadat yang setebal 2 hingga 3 kaki.

            

Pentagon: NEXT