![]() |
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahteraSaya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan tuan/puan ke laman web Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBSBT), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. PPBSBT telah ditubuhkan pada 19 Julai 1999 di bawah Fakuti Sains dan Teknologi hasil gabungan daripada empat fakulti gugusan sains. Sekarang kita menawarkan tujuh program pengajian di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah, iaitu Biokimia, Bioteknologi Tumbuhan, Bioteknologi Pengurusan, Zoologi, Mikrobiologi, Genetik dan Bioinformatik. PPBSBT juga menawarkan program pascasiswazah pada peringkat Sarjana (MSc) dan Doktor Falsafah (PhD). Pada masa ini PPBSBT mempunyai seramai 44 orang kakitangan akademik (12 Profesor, 19 Profesor Madya, 11 Pensyarah dan 4 Tutor) yang bergiat cergas dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Di samping itu kita juga mempunyai 50 kakitangan sokongan bahagian teknikal dan pejabat yang membantu dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan. Dalam bidang penyelidikan pula kakitangan akademik di PPBSBT telah bergiat cergas dalam bidang penyelidikan. Geran penyelidikan telah diperoleh daripada badan kerajaan dan juga swasta. Di samping itu ramai kakitangan PPBSBT juga bergiat cergas dalam khidmat perundingan dengan badan kerajaan dan swasta. Kami mengalu-alukan tuan/puan ke PPBSBT untuk melihat peluang program pengajian dan penyelidikan yang telah disediakan dan menyambut kedatangan ke UKM untuk masa akan datang. |