kembali ke menu utama

Bidang dan Tema Penyelidikan

Maklumat lanjut

Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia  menawarkan tujuh program akademik pra-siswazah iaitu: Bioinformatik, Biokimia, Bioteknologi Tumbuhan, Bioteknologi dengan Pengurusan, Genetik, Mikrobiologi, dan Zoologi. Program-program yang ditawarkan adalah berteraskan pendekatan, teknologi dan ilmu biologi molekul. Disiplin biologi molekul ini juga adalah asas kepada bioteknologi moden, daripada kejuruteraan gen, protein dan metabolisma hinggalah kepada penghasilan bahan rekombinan dan penjanaan organisma transgen. Antara objektif utama program pra-siswazah Pusat Pengajian ini ialah untuk melahirkan siswazah yang menguasai ilmu-ilmu biosains dan bioteknologi dan mampu menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini bagi menerokai perbatasan sains dan teknologi. Pusat Pengajian juga dengan gandingan kepakaran kakitangan akademik, kakitangan makmal yang terlatih dan prasarana penyelidikan yang canggih, mampu terkehadapan dalam penyelidikan, sesuai dengan kedudukan UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan.