*I
ia sepanjang hari, janji sepanjang
jalan
Maksud: Mudah mengeluarkan janji
tetapi sukar untuk melaksanakan.
iba akan kacang sebuah, tak jadi
memengat
Maksud: Oleh sebab kesal akan hal yang sedikit tidak jadi untuk mengerjakan sesuatu
yang dimaksudkan.
ibarat ayam; tiada mengais tiada makan
Maksud: Perihal orang miskin yang
tiada makanan kalau tidak bekerja.
ibarat beban, belum lepas dari bahu
Maksud: Belum lepas daripada tanggungan.
ibarat beban sudah ke tepi
Maksud: Sesuatu pekerjaan yang
hampir selesai atau rundingan yang hampir mencapai kala sepakat.
ibarat bunga sedap dipakai, layu dibuang
Maksud: Perempuan yang dikasihi
ketika muda, setelah tua akan ditinggalkan.
ibarat burung; mata
terlepas badan terkurung
Maksud: Walaupun terpelihara
dengan baik, namun tidak mempunyai kebebasan.
ibarat burung; mulut manis jangan dipakai
Maksud: Kata-kata yang manis selalu mempunyai semu atau pura-pura.
ibarat dakwat dengan kertas; bila boleh
renggang terlepas
Maksud: Sangat sesuai,
berkasih-kasihan antara satu sama lain.
ibarat gasing; berpaku tetap berpusing, tak
berpaku merayau
Maksud: Lelaki yang sudah beristeri,
ke mana-mana sekalipun dia berjalan tetap pulang ke rumah.
ibarat itik bertaji
Maksud: Orang yang sangat penakut
tetapi sombong.
ibarat kambing keramat
Maksud: Orang yang ditakuti dan
bebas berbuat sekehendak hatinya.
ibarat kutu boleh diselisik
Maksud: Walaupun sesuatu
kesalahan atau tipu muslihat itu
ibarat pasang masuk muara
Maksud: Perkataan atau celaan
yang tidak tertahan-tahan keluarnya.
ibarat pasir; sekali air dalam sekali
berubah
Maksud: Rakyat jelata terpaksa
menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintah berubah.
ibarat perahu takkan karam sebelah
Maksud: Dua orang yang berkongsi
perniagaan akan bersama-sama menanggung kerugian.
ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa
hujan segar kembali
Maksud: Perihal orang yang sangat
sengsara hidupnya, tetapi dengan tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga
hidupnya. berasa sangat bahagia.
ijuk tidak bersagar
Maksud: Keluarga yang tidak
mempunyai lelaki yang disegani orang.
ikan biar dapat, serampang jangan pokah
Maksud: Pekerjaan yang dibuat itu
hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah tidak hilang percuma; maksud biar
tercapai, kerugian jangan ada.
ikan dalam keroncong
Maksud: Sudah ditangkap atau
terperangkap dan tidak tertolong lagi.
ikan digulai sudah melompat
Maksud: Bernasib
ikan di hulu tuba di hilir
Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
ikan di laut asam di
darat, dalam periuk bertemu juga
Maksud: Kalau sudah jodoh,
walaupun terdapat pelbagai halangan pasti akan bertemu
juga.
ikan gantung, kucing tunggu
Maksud: Kesal apabila melihat
barang yang diingini tetapi tidak mungkin diperoleh.
ikan kecil makanan ikan besar
Maksud: Orang kecil (rakyat
biasa) selalu di bawah perintah orang-orang besar.
ikan lagi di laut, lada garam sudah di
sengkalan
Maksud: Membuat persediaan untuk
mengecap hasil daripada sesuatu perkara yang belum tentu diperoleh.
ikan pulang ke lubuk
Maksud: Telah kembali he tempat
asalnya.
ikan seekor rosakkan ikan setajau
Maksud: Sebab yang sedikit habis rosak yang banyak.
ikan sekambu rosak oleh ikan seekor
Maksud: Sebab yang sedikit habis
rosak yang banyak.
ikan terkilat jala tiba
Maksud: Cepat menangkap maksud
cakap orang atau walaupun belum habis disoal sudah dijawab; tindakan yang
cepat.
ikat boleh diubah, takuk bagaimana
mengubahnya
Maksud: Payah untuk mengubah
tabiat orang.
ikhtiar menjalani, untung menyudahi
Maksud: Usaha mestilah dijalankan
untuk mencapai maksud, berhasil atau tidak terserah pada nasib.
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut
mata buta
Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsu
akhirnya akan binasa.
ikut
hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang
Maksud: Hendaklah
berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah.
ikut
nafsu lesu
Maksud:
Ikutkan hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri.
ilmu padi, makin berisi makin tunduk
Maksud: Semakin banyak ilmu dan
semakin tinggi pangkat tetapi semakin merendah diri.
ilmu tanpa agama, buta
Maksud: Ilmu hendaklah disertai
dengan keyakinan agar menjadi ilmu yang mantap.
ilmu yang tidak diamal, ibarat pokok
tidak berbuah
Maksud: Ilmu hendaklah
dimanfaatkan agar tidak sia-sia.
inai tertepung, kuku tanggal
Maksud: Kerja telah siap, tetapi
faedahnya tidak didapati kerana berlaku sesuatu halo
indah khabar daripada rupa
Maksud: Khabar tentang sesuatu
itu biasanya dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenar.
ingat ranting yang akan
melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait
Maksud: Ketika membuat sesuatu
pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan.
ingat sebelum kena, berhemat sebelum
habis
Maksud: Perlu berikhtiar supaya
tidak menyesal kemudian hari.
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Maksud: Sentiasa berhati-hati
supaya tidak terpedaya dan habis harta.
ingat yang di atas, yang di bawah akan
menimpa
Maksud: Orang yang berkuasa
hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipan agar orang yang di bawah tidak
disusahkan lalu menentangnya.
ingin di buah manggis hutan, masak ranum
tergantung tinggi
Maksud:
Menghendaki sesuatu yang agak susah diperoleh.
ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada
Maksud: Hendak
berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya atau wang tidak cukup atau ada
halangan lain.
intan berlian jangan dipijakkan
Maksud: Untung dan bahagia jangan
dielakkan.
intan dikalung di leher anjing
Maksud: Memberikan sesuatu
(barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
intan disangka batu kelikir
(kerikil)
Maksud: Tidak tahu menghargai
sesuatu yang indah atau baik.
intan itu jika keluar dari mulut anjing sekalipun tetap intan juga
Maksud: Nasihat
yang baik, biarpun keluar daripada mulut orang hina sekalipun akan tetap baik juga.
intan itu jika terbenam dalam
pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya
Maksud: Perkataan dan perbuatan
yang baik meskipun dibuat oleh orang yang hina akan
dianggap baik juga.
isi dada bekal berjalan
Maksud: Ke mana-mana pun pergi akan murah rezeki kerana berilmu.
isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang
ke kita
Maksud: Yang baik-baik diperoleh
orang, yang tidak berguna dan tidak berharga diberi kepada kita; kita yang
berusaha, orang lain yang senang.
itik berenang dalam air mati kehausan
Maksud: Menderita kesusahan meskipun
banyak wang atau berpangkat tinggi.
itik diajar berenang
Maksud: Membuat pekerjaan yang
sia-sia.
itik dimandi takkan basah
Maksud: Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
itik mendapat air
Maksud: Memperoleh sesuatu yang
sangat digemari.
itik tak sudu, ayam tak patuk
Maksud: Sesuatu yang tidak
berguna sama sekali.