PENGENALAN
Sesungguhnya
kita amat bertuah sekali kerana mempunyai pelbagai jenis tumbuhan yang bukan
sahaja sedap dimakan tetapi juga memilikki khasiat semulajadi yang baik untuk
kesihatan tuduh badan. Ada di antara tumbuhan-tumbuhan itu telahpun menjadi amalan
pemakanan kita dalam seharian dan ada juga yang kita tidak ketahui khasiatnya
serta jarang sekali dirtemui terutama oleh masyarakat bandar pada masa kini.
Jeteru itu, marilah kita bersama-sama menijau dan seterusnya mengetahui khasiat
di sebalik tumbuhan tersebut.
ULAM RAJA
Merupakan
tumbuhan liar yang mudah didapati di negara ini, walaupun sebenarnya tumbuhan
ini berasal dari Amerika Latin. Ulam raja merupakan sayuran ulam yang amat
popular dimakan mentah. Berbasarkan kajian tempatan, ia mengandungi 3 peratus
protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan laksium dan
vitamin A. Di dalam rawatan tradisional pula, ulam raja digunakan sebagai agen
pencuci darah dan untuk menguatkan tulang.
BENDI
Bendi juga merupakan sayuran
tempatan yang banyak ditanam di negara-negara beriklim panas lembap.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bendi mengandungi sebanyak 2 peratus
protein, 7 peratus karbohidrat dan 1 peratus serat. Selain itu, bendi juga kaya
dengan zat galian dan juga vitamin terutamanya kalsium. Bendi juga elok untuk
perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai perangsang
membuang air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta bengkak
saluran kerongkong dan hidung.
JERING
Jering sememangnya tumbuhan asli
di negara ini. Daripada kajian yang telah dilakukan didapati jering mengandungi
sebanyak 3.5 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 1.7 peratus karbohidrat,
banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan C. Mungkin ramai
orang tidak gemar memakan jering terutamanya generasi muda kerana rasanya yang
pahit dan berbau. Tetapi bagi sesetengah orang pula rasanya sungguh enak
terutama sekali apabila dimakn bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Biji
jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk
membuang air kecil. Bagi pesakit kencing manis pula, jering boleh menjadi
penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit.
Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula
dalam badan.
PETAI
Petai juga tumbuhan asli negara
ini yang masih lagi tumbuh liar di hutan. Berdasarkan kajian, buah petai
berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak
yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11
peratus karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A,
B1, B2 dan niasin. Sebenarnya kandungan nutrisi biji
petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Ini kerana petai yang kecut
ataupun bijinya tidak membulat merupakan petai yang tidak elok serta kandungan
khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat
melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit hati, buah
pinggan, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang
kecacingan.
PISANG
Pisang merupakan sejenis
tumbuhan liar di Asia Tenggara pada mulanya tetapi kini ianya telah
dikomersialkan. Sebenarnya seluruh pokok pisang mempunyai khasiatnya yang
tersendiri. Menurut kajian tempatan yang dilakukan, jantung pisang mengandungi
1.2 peratus protein, 0.3 peratus lemak,7.1 peratus karbohidrat, mengandungi
banyak fosforus dan sedikit zat besi. Namun ada juga yang berpendapat jantung
pisang elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru
dan limpa.
TERONG PIPIT
Terong pipit merupakan tumbuhan
liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya
adalah Antilles. Terong pipit biasanya dimakan mentah ataupun dicelur dijadikan
ulam. Selain itu, sambal tumis terong pipit dengan ikan bilis merupakan lauk
kegemaran masyarakat tempatan di negar ini. Daripada kajian, didapati terong
pipit mengandungi 2 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.01 peratus
karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin
A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya terong pipit juga
mengandungi alkoloid jenis steroid yang di kenali sebagai solasodin dengan
kandungan sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam bidang perubatan,
terutamanya dalam menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang
mengandungi banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk
mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya,
melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang
berkesan untuk meredakan sakit perut.
PEGAGA
Tahukah anda bahawa pegaga
telah diiktiraf oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya
di kalangan kanak-kanank ? Masyarakat Cina menamakannya dengan Cheng Chow Sui
manakala orang India pula memanggilnya valearai dan gotu kola. Nama-nama ini
telah tercatat dalam manuskrip Ayur vedia
di India ledih 4000 tahun lalu dan shennong
Herbal di China sejak 2000 tahun lalu. Masyarakat menggunakannya untuk
menyembuhkan penyakit kulit seperti kusta, kudis, ulser dan luka-luka.
Masyarakat cina pula bergantung kepada pengaga untuk mengubati gangguan emosi
seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal. Ia adalah herba
serbaguna untuk mengubati sistem saraf serta meredakan tekanan perasaan.
Berdasarkan kajian, sebagai makanan menjana kecerdasan otak, herda ini amat
mujarab untuk memperbaikki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan
penumpuan fikiran. Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik
untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus
pegaga membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerangsangan kulit
serta tekanan darah tinggi. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat
pembentukkan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang
pembentukkan rambut dan kuku. Selain dimakan, pegaga yang telah dihancurkan
boleh ditampal di atas kulit bagi menghilangkan gatal-gatal dan luka.
PERIA
Peria atau dikenali juga
sebagai kambas (Momordica charantia)
sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar
perubatan moden. Berasal dari selatan China, peria yang dikenali sebagai “ku gua”
telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional
China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat
penyakit asthma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga
digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang.
Kini penggunaan peria semakin
meluas di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat. Peria kini menjadi
bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS. Biarpun setakat
ini, belum ada kajian secara sepenuhnya
dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit
tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut
boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut
daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel
imun) dalam tubuh manusia. Selain itu, peria juga didapati berguna untuk
merawat ataupun mampu mengurangkan penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai
kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan “opportunistic infections”
misalnya herpes kemaluan, tuberkolosis dan beberapa jenis penyakit kulit yang
menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh. Protein-protein lain yang
diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh membabtu
menggurangkan berlakunya keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Manakala para saintis mengesahkan bahawa protein daripada peria ini mempunyai
sifat-sifat anti-virus.
LOBAK
Lobak putih dan merah amat
mujarab untuk menyembuhksn penyakit buasir. Mereka yang menderita akibat
penyakit berkenaan dinasihatkan meminum jus lobak setiap hari. Amalan meminum
jus atau memakan lobak segar setiap hari akan melawaskan pembuangan air kecil
dan besar. Bagaimanapun untuk mengekalkan khasiat yang ada, adalah dinasihatkan
supaya memakannya secara mentah kerana memasaknya akan memusnahkan semua
vitamin yang ada di dalamnya. Selain vitamin, lobak juga kaya dengan zat besi,
kalsium dan natrium. Malahan daun lobak yang digunakan dalam masakan seperti
salad, mempunyai banyak kalsium, fosforus, vitamin C serta protein yang tinggi
berbanding isinya. Daun lobak yang dibuat jus, sangat baik untuk memecahkan
batu karang dalam pundi hempedu. Pesakit dinasihatkan meminumnya sehingga
sembuh. Sementara itu, jus daun lobak yang dijadikan sirap cukup baik untuk
mengubati suara serak, batuk, dan sakit dada. Cara membuatnya amat mudah,
campurkan satu sudu kecil jus daun lobak bersama madu dan dalam kuantiti yang
sama serta sedikit garam kasar. Amalkan meminumnya setiap pagi dan malam selama
seminggu.
KELAPA SAWIT
Buah kelapa sawit mampu
menghasilkan minyak kelapa sawit yang kaya dengan dua jenis antioksidan atau
vitamin E yang terdiri daripada tokoferol dan tokotrienol telah dibuktikan
berkesan untuk memberikan perlindungan daripada kanser hepar (kanser
hati). Berdasarkan kajian, minyak sawit
juga mampu melegakan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung,
pembentukan katarak dan mengurangkan penuaan. Sifat vitamin E pada minyak
kelapa sawit adalah mikro nutrien anti-oksida yang mempunyai sifat perlindungan
kanser daripada nutrien. Kandungan vitamin E ini, mampu melindungi sel daripada
oksigen reaktif bebas dan seterusnya mengurangkan kesan kerosakan akibat
daripada proses pengoksidaan. Bagaimanapun, pengambilan vitamin E ini, bukan
bertujuan sebagai penawar kepada mereka yang telah dijangkiti barah hati,
tetapi sekurang-kurangnya mampu membantu si pesakit lebih berfungsi. Sebaliknya
ia sangat baik diambil oleh sesiapa sahaja kerana kajian mendapati ia baik
untuk pencegahan.
TOMATO
Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan oleh seorang penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang memakan
sekurang-kurangnya 10 hidangan berasaskan tomato seminggu berkemungkinan besar
tidak akan diserang kanser prostat. Ini kerana sebatian lycopene yang
terkandung secara semula jadi dalam tomato mempengaruhi kebarangkalian dihidapi
kanser. Didapati seorang perokok mempunyai lycopene yang terendah dan mempunyai
risiko tiga kali lebih tinggi diserang kanser berbanding mereka yang mempunyai
tahap lycopene yang tinggi dalam darah.
BUAH PALA
Buah pala atau nama
saintifiknya Myristica fragrans merupakan
spesies yang terpenting dalam famili Myristicaceae.
Buah pala yang lebih kecil digunakan sebagai rempah, perasa dan ubat-ubatan. Ianya
dipercayai berasal dari kepulauan Maluku (jajahan Indonesia). Dari segi zat
pemakanannya, buah pala segar mempunyai 7.4g protein, 36.4g lemak, 38.3g
karbohidrat, 24mg kalsium, 12mg fosforus dan 79mg kalium serta beberapa
sebatian kimia yang lain. Selain daripada kulitnya, semua bahagian buah pala
mempunyai kegunaan yang tersendiri walaupun kelat untuk dimakan, tetapi amat
baik untuk dijadikan halwa, kandi dan mujarab sebagai minyak urut untuk
memberikan kelegaan.
BELINJAU
Belinjau tergolong dalam famili
Gnetaceae dan dianggap primitif dari
segi botani kerana ia tergolong dalam kelas Gymnosperma
seperti pokok pain. Sebagai tumbuhan primitif, pokok belinjau turut
menghasilkan dua jenis jambak bunga yang dikenali sebagai kon jantan dan kon
betina. Hampir keseluruhan bahagian tanaman belinjau mempunyai kepentingan.
Daun muda, bunga dan kulit biji yang tua boleh dimakan sebagai sayur iaitu
dipercayai ianya baik untuk kesihatan kulit dan mata. Manakala berdasarkan
kajian yang telah dilakukan oleh ahli sains, nilai pemakanan bagi setiap 100 gm
daun dan biji belinjau memberikan 1000 I.U vitamin A serta zat-zat pemakanan
yang lain. Maka tidak hairanlah ianya baik untuk kesihatan kulit serta mata.
Selain daripada berkhasiat, kulit batang pokok belinjau yang berserabut boleh
menghasilkan sejenis benang yang boleh dijadikan tali pancing dan jala.
Batangnya pula boleh dibuat alat perkakas dapur seperti pemarut dan tempat
pemotong, bahan bangunan dan peti. Ada laporan yang menyatakan bahagian batang
juga boleh diproses menjadi kertas yang berkualiti tinggi. Kini biji atau buah
belinjau telah diproses menjadi keropok atau emping untuk dikemorsialkan
KESIMPULAN
Tanpa kita ketahui atau
sememangnya tahu hampir setiap tumbuhan yang kita miliki di bumi ini mempunyai
pelbagai khasiat di dalam pemakanan ataupun perubatan serta kegunaannya. Maka
marilah kita sama-sama menghargai setiap tumbuhan yang kita milikki serta
berganding bahu untuk memelihara dan memuliharanya. Semoga apa yang kita ada
akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka
juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini. “ PELIHARALAH HUTAN
KITA”
RUJUKAN
DEWAN KOSMIK Januari 1998 – m/s 32
DEWAN KOSMIK Januari 1998 – m/s 38
DEWAN KOSMIK Febuari 1998 – m/s 41
DEWAN KOSMIK Mei 1998 – m/s 27
DEWAN KOSMIK Mei 1998 – m/s 18
DEWAN KOSMIK Jun 1998 – m/s 20
DEWAN KOSMIK Ogos 1998 – m/s 23
DEWAN KOSMIK November 1998 – m/s 26
MASTIKA Febuari 1999