BULUH DAN NILAI KOMERSIALNYA
Maznah
Zainol (A 61244)
ISI KANDUNGAN
1.
TAJUK
2.
SENARAI KANDUNGAN
3.
SENARAI JADUAL
4.
PENDAHULUAN
5.
TABURAN BULUH
6.
SPESIES BULUH DI SEMENANJUNG MALAYSIA
7.
TEKNIK PEMPROSESAN BULUH
8.
HASIL BARANGAN BULUH
9.
KESIMPULAN
10.
RUJUKAN
11.
LAMPIRAN
PENDAHULUAN
Peribahasa “bagai aur dengan tebing” dan “melentur buluh
biar dari rebungnya” adalah peribahasa yang biasa dan selalu digunakan di dalam
masyarakat di mana ia mempunyai maksud nasihat yang amat mendalam. Ini
membuktikan penglibatan buluh dalam kehidupan seharian telah wujud sejak
berzaman dari pelbagai aspek.
Buluh merupakan hasil hutan bukan kayu yang serbaguna dan
mempunyai komersial nilai yang tinggi khususnya di kalangan masyarakat di luar
bandar. Tambahan pula habitat buluh yang hidup meliar serta meluas dan mudah di perolehi di kebanyakkan hutan.
Buluh sering di ibaratkan sebagai “kayu miskin”, walau bagaimanapun istilah ini
kurang tepat kerana dalam beberapa aspek, penggunaan buluh lebih meluas
dan buluh itu sendiri mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kayu.
Status industri buluh di Malaysia masih lagi jauh
ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain seperti
Thailand, Filipina dan Indonesia. Pada tahun 1988, Malaysia telah mengeksport
barangan buluh bernilai US$0.08 juta sahaja berbanding dengan Thailand sebanyak
US$20 juta, Filipina sebanyak US$1.52 juta dan Indonesia pula sebanyak US$0.3
juta.
TABURAN
BULUH
TABURAN
DI DUNIA
Di seluruh dunia terdapat 75 genera dan 1250
spesis buluh yang telah di kenalpasti. Taburan buluh di dunia adalah meluas dan
habitat pertumbuhan aslinya terdapat di semua benua kecuali benua Eropah. Buluh
boleh di kumpulkan kepada 2 kumpulan besar iaitu yang mempunyai pertumbuhan
tunggal (monopodial) dan pertumbuhan berumpun (simpodial). Buluh yang tumbuh
tunggal hanya tersebar di kawasan beriklim sederhana sementara di kawasan
tropika pula pertumbuhan adalah berbentuk berumpun.
TABURAN
DI MALAYSIA
Di Malaysia terdapat 70 spesis buluh dan sebanyak 50 spesis
(dalam 7 genera) terdapat di Semenanjung Malaysia. 30 spesis (dalam 8 genera)
di Sabah dan 20 spesis (dalam 7 genera) di Sarawak.
Kebanyakkan buluh di Malaysia meliar di pinggir-pinggir
hutan, kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang tebing-tebing sungai.
Buluh juga ditanam di kampung-kampung untuk kegunaan harian dan ditanam di
bandar-bandar sebagai tanaman hiasan yang menarik. Di anggarkan jumlah kawasan
yang ditumbuhi oleh buluh di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 329 000
hektar.
SPESIES
BULUH DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Di Semenanjung Malaysia,
kira-kira 13 spesis buluh telah digunakan secara meluas dalam industri kecil,
industri kraftangan dan pengeluaran buluh. Berikut adalah senarai buluh dan
kegunaannya.
|
Nama
Tempatan |
Jenis
|
Kegunaannya |
|
1.
Buluh duri |
Bambusa blumeana |
Kayu penyepit, perabot, alat
musik, tiang sanggaran. |
|
2.
Buluh galah |
Bambusa heterostachya |
Dijadikan galah, pencucuk
sate, bidal |
|
3.
Buluh minyak |
Bambusa vulgaris |
Ornamental, pencuck sate,
kayu penyepit, rebung |
|
4.
Buluh betong |
Dendrocalamus asper |
Barangan higo, rebung |
|
5.
Buluh akar/ tali |
Dendrocalamus pendulus |
Bakul, lidi sate, kraftangan |
|
6.
Buluh brang |
Gigantochloa spp. (brang) |
Barangan higo, kegunaan
harian, rebung yang enak. |
|
7.
Buluh beting |
Gigantochloa levis |
Barangan higo, rebung yang
enak |
|
8.
Buluh tumpat |
Gigantochloa ligulata |
Sanggaran tanaman,
rangka-rangka |
|
9.
Buluh semantan |
Gigantochloa scortechnli |
Kraftangan dalam industri
kecil |
|
10.
Buluh
beti / raga |
Gigantochloa wrayi |
Kraftangan, bidal, rebung |
|
11.
Buluh lemang |
Schizostachyum brachycladum |
Kraftangan, ornamental, masak
lemang |
|
12.
Buluh semeliang |
Schizostachyum grande |
Rangka kraftangan |
|
13.
Buluh
kasap |
Schizostachyum zollingeri |
Kraftangan, pencuck sate,
kegunaan harian |
Jadual 1: Senarai nama tempatan
buluh dan nama saintifiknya serta kegunaannya.
TEKNIK
PEMPROSESAN BULUH
1. Pemilihan
Buluh
Dalam proses
pengeluaran barangan, pemilihan kesesuaian buluh adalah penting bagi memastikan
mutu barangan adalah terjamin. Antara faktor yang perlu diambil kira untuk
mendapatkan pulangan yang maksimum ialah faktor umur ( anggaran umur ditentukan
mengikut warna permukaan buluh yang masih hijau ), ketebalan dinding dan
panjang ruas buluh yang digunakan.
2. Penebangan
Buluh yang telah dikenal
pasti jenis dan umurnya hendaklah ditebang dari paras pangkal jarak sepanjang 6
meter ke atas. Penebangan yang baik biasanya dilakukan pada musim panas kerana
pada musin begini buluh didapati mempunyai kandungan kanji yang rendah. Selain
itu, pembiakan bubuk juga tidak begitu aktif pada musim panas ini memudahkan
penebangan dijalankan.
3. Pengeringan
Proses pengeringan dilakukan untuk mengurangkan kandungan lembapan
yang terdapat pada buluh. Kaedah pengeringan yang biasa diamalkan ialah secara
pengeringan udara di bawah bumbung. Semasa pengeringan dijalankan terdapat
beberapa kecacatan berlaku seperti pecah hujung dan pecah pada permukaan buluh.
Kecacatan ini di sebabkan proses pengecutan dan pengembangan yang berlebihan
atau kedua-duanya sekali, ataupun keadaan awal buluh yang kurang baik. Kadar
kandungan lembapan akhir buluh hendaklah berada antara 12-14%.
4. Pengawetan
Kaedah biasa yang digunakan bagi mengawet buluh ialah dengan
merendamnya di dalam air ataupun dengan cara pemanasan di atas api bagi
mengurangkan kandungan kanji dan gula. Kaedah ini dapat meninggikan tempoh
hayat buluh berbanding dengan tempoh hayat buluh yang tidak diawet. Ini kerana
dalam semua aspek penggunaan buluh ia
terdedah kepada serangan mikroorganisma dan serangga perosak seperti kumbang
bubuk, anai-anai dan kulat. Oleh yang demikian, tempoh penggunaannya ditentukan
mengikut kadar kemerosotan biologi buluh.
Bahan kimia yang digunakan untuk mengawet buluh adalah seperti
boraks, deltametrin, deldrin dan natrium pentaklorofetana. Jika bahan kimia
digunakan jangkamasa hayat buluh dapat dipanjangkan sehingga antara 5 hingga 10
tahun bergantung kepada keadaan tempat ia digunakan.
5. Pemutihan
Dalam proses pemutihan bahan-bahan kimia digunakan untuk memutihkan
warna permukaan buluh. Proses pemutihan dilakukan bagi meningkatkan mutu warna
dan barangan hasil buluh. Sekiranya proses ini tidak dilakukan, warna hasil
barangan buluh kelihatan agak pudar dan tidak seragam. Terdapat beberapa kaedah
proses pemutihan dijalankan iaitu :
i.
Rendaman dalam larutan hidrogen peroksida pada kepekatan
6% selama 18-24 jam.
ii.
Merebus buluh dalam larutan hidrogen peroksida pada kepekatan 6% selama 15-20 minit.
iii.
Pengasapan belerang selama 8-12 jam di dalam ruang
tertutup.
6. Perwarnaan
Proses pewarnaan merupakan proses apabila bahan kimia pewarna (dye)
digunakan bagi menambahkan seri permukaan sesuatu barangan hasil buluh. Proses
ini penting bagi mengubah warna asli sesuatu barangan buluh atau hasil-hasilnya
kepada warna-warna yang dikehendaki. Tiga jenis bahan pewarna yang boleh
digunakan iaitu :
a. Bahan
pewarna alkali.
b. Bahan
pewarna terus.
c. Bahan
pewarna asid.
Pewarnaan boleh dijalankan secara merebus barangan buluh di dalam
larutan yang telah dicampur dengan bahan pewarna. Kadar peratusan penggunaan
bahan pewarna adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat
pembekal.
HASIL
BARANGAN BULUH
Bahan Binaan
Buluh kerap digunakan sebagai bahan utama dalam senibina
rumah-rumah tradisional seperti yang terdapat di negeri Sarawak, Sabah dan
beberapa negeri di Semenanjung. Selain itu rumah bulu h juga kerap digunakan
oleh orang asli yang tinggal di kawasan pendalaman.
Kebiasaannya
buluh digunakan sebagai dinding dan lantai rumah manakala atap diperbuat
daripada daun rumbia. Jenis buluh yang digunakan ial;ah buluh semantan, minyak,
beting, aur, nipis dan lain-lain. Buluh mestilah yang cukup tua dan matang.
Buluh-buluh ini direndam di dalam air sungai atau air lumpur selama 3 atau
4 bulan bagi tujuan mengawet dan
mengelakan serangan kulat dan serangga. Buluh ini kemudian dipotong, dikerat
dan dijadikan komponen rumah.
Barangan Perhiasan Diri
Barangan hiasan diri yang biasa diperbuat daripada
buluh adalah seperti sikat buluh, cucuk sanggul dan topi buluh. Sikat dan cucuk
sanggul ini biasanya digunakan oleh orang melayu dan orang asli di Semenanjung
Malaysia.
Sebarang jenis buluh
yang berdinding tebal boleh digunakan untuk tujuan ini. Bahagian yang digunakan
ialah bahagian luar buluh yang tidak mudah patah dan mempunyai daya ketahanan
yang tinggi. Buluh yang digunakan hendaklah yang cukup tua. Buluh-buluh ini
kemudian diawet sama ada melalui proses rendaman dalam air, pemanasan atas api
ataupun penggunaan bahan-bahan kimia. Kemudian buluh ini dijemur dan dibentuk.
Perabot
Perabot buluh mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan
masyarakat, ini kerana reka bentuk yang menarik dan tahan lama di samping harga
yang berpatutan. Di antara perabot yang diperbuat daripada buluh ialah kerusi,
meja, katil dan almari.
Jenis buluh yang digunakan adalah buluh semantan, galah,
beting, minyak dan duri. Buluh yang berusia tidak kurang daripada 4 tahun
adalah sesuai untuk tujuan ini. Buluh-buluh ini diawet sama ada melalui proses
rendaman, pemanasan atas api ataupun penggunaan bahan kimia. Kemudian
buluh-buluh ini dijemur dan digunakan bagi menghasilkan perabot buluh.
Barangan Kraftangan.
Dewasa ini, penggunaan buluh lebih tertumpu pada nilai
komersial seperti barangan kraftangan yang amat diminati oleh pelancong sama
ada luar dan dalam negara. Barangan kraftangan yang biasa diperbuat daripada
buluh ialah bakul, raga, keranjang, penampi, kipas, barangan larek, tikar, tabung
alat-alat menganyam. Barangan-barangan ini merupakan hasil tradisional di
kalangan orang Melayu dan orang-orang pribumi di Sabah dan Sarawak.
Jenis buluh yang digunakan ialah buluh semantan, nipis,
minyak, galah, beting dan aur. Bahagian yang digunakan pula ialah bahagian luar
buluh yang mudah dibentuk tanpa patah. Buluh-buluh yang dipilih daripada buluh muda yang berumur antara 1 hingga 2
tahun.
Alatan Muzik
Alat-alat muzik yang boleh
diperbuat daripada buluh seperti serulig, angklong, kerating, gendong dan
genggong. Biasanya alat-alat muzik ini terdiri daripada jenis bertali,
gendering atau tiupan. Sebarang jenis buluh yang berdinding nipis boleh
digunakan. Bahagian yang digunakan hendaklah dipilih daripada buluh yang cukup
tua. Buluh-buluh ini kemudiannya diawet melalui proses rendaman air, pemanasan
atas api ataupun penggunaan bahan-bahan kimia. Selepas dikeringkan, buluh-buluh
itu dikerat dan dibentuk menjadi jenis-jenis peralatan muzik yang dikehendaki.
Barangan Kegunaan Dapur
Antara barangan buluh yang dibentuk untuk kegunaan dapur
ialah seperti senduk, tudung saji, nyiru, raga dan sebagainya. Penggunaan buluh
kebanyakkan telah diganti oleh penggunaan plastik, kaca dan bahan PVC. Walau
bagaimanapun buluh masih digunakan sebagai penyepit, lidi sate, pencucuk buah
dan pencungkil gigi.
Jenis buluh yang biasa digunakan adalah buluh semantan,
minyak, galah dan aur. Bahagian yang digunakan ialah bahagian luar buluh yang
tidak mudah diserang serangga dan kulat. Buluh mestilah berumar lebih kurang 2
hingga 3 tahun.
Senjata dan Pengangkutan
Habitat buluh yang mudah diperolehi serta mempunyai daya
ketahanan yang tinggi dan mudah dibentuk. Ini amat sesuai dijadikan alat
senjata seperti lembinng, sumpit, panah, pisau sembilu dan ranjau. Bagi tujuan
ini, sebarang buluh boleh digunakan kecuali buluh sumpitan. Di samping itu
banyak juga alat memburu tradisiona
yang diperbuat daripada buluh seperti tombak, sumpit, panah, jerat
tikus, jebak burung dan serkap ayam. Buluh nipis pula dijadikan alat menangkap
ikan seperti lukah, serkap ikan, joran, tuar, serempak dan kelong.
Buluh juga kerap digunakan dalam sistem pengangkutan
sebagai contohnya rakit yang digunakan untuk mengangkut manusia dan barangan
dari suatu tempat ke tempat yang lain. Selain itu, buluh juga berguna sebagai
alat salur air dan ambong untuk mengalir dan mengangkut air daripada sungai ke
daratan.
Alat Penternakan.
Buluh merupakan satu bahan yang dianggap penting dalam
kegiatan penternakn tradisional. Sifatnya yang mudah dibentuk membolehkannya
digunakan sebagai serkap ayam, tempat ayam bertelur, pagar ternakan dan
sebagainya. Sebarang jenis buluh dan semua bahagian batang boleh digunakan
untuk tujuan ini. Antara barangan penternakan yang dihasilkan adalah rangka
serkap ayam, sangkar burung, bubu ikan dan lain-lainlagi.
KESIMPULAN
Bagi negara kita, penggunaan buluh hanya menjurus ke arah
nilai-nilai komersial dan untuk di eksport ke luar negara. Namun begitu, tidak
di nafikan di luar bandar penggunaan buluh masih lagi meluas di dalam pelbagai
aspek walaupun telah wujud pelbagai jenis bahan yang boleh menggantikan buluh.
Justeru itu, pihak kerajaan haruslah menyediakan prasarana dan teknologi yang
mencukupi untuk memajukan buluh dalam berbagai sektor. Oleh yang demikian,
penggunaan secara bijak sumber hutan bukan kayu ini amat penting bagi
mengelakkan bekalan sumber ini daripada pupus.
RUJUKAN
Azmy Mohamed et al. (1994).
Siri Kenali Alam ( FRIM-PFP) BULUH, Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.
Mohd Noor Ismail. (1990). Buluh
dalam Masyarakat Melayu Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Randy Moore et al. (1995).
Botany, Wm. C. Brown Publishers