1 PENGENALAN
Malaysia memang terkenal dengan tumbuhan dan hasil hutan
yang mempunyai khasiat dari segi perubatan .Berubat adalah satu bidang ilmu
yang merangkumi aspek perubatan dan kesihatan .Manakala tumbuhan adalah bermaksud
sesuatu tumbuh ,berkecambah hidup dan lain-lain.Tumbuh-tumbuhan yang segar
bukan sahaja meyaman dan mengindahkan persekitaran ,tetapi juga mempunyai
keistimewaan tersendiri. Sebahagian besar daripada tumbuhan dapat dijadikan
ubat. Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber penghasilan analgesik, antibiotik,
enzim-enzim dan hormon-hormon diuretik. Maka kini ubat-ubatan ini telah membantu kehidupan, malah
menyelamatkan nyawa berjuta-juta manusia di seluruh pelosok dunia.
2. SEJARAH PENGGUNAAN UBATAN DALAM TUMBUHAN
Rekod terawal adalah penggunaan perubatan herba adalah
minyak dari tumbuhan Hydnocarpus gaertin
yang sangat berkesan dalam rawatan kusta, ini direkodkan semasa Emperal Shen Nung di China dalam tahun 2730 dan 3000
S.M. Biji pokok popi (Papaver Somniferum)
dan biji pokok jarak (Ricinus
communis) telah digunakan pada zaman Mesir purba .Kajian yang sistematik
terhadap tumbuhan ubatan pertama sekali dilakukan oleh Hippocrates (bapa perubatan sekitar tahun
400 S.M. Materia medica telah
menyenaraikan resipi untuk merawat 400 jenis penyakit dengan mengamalkan tumbuhan-tumbuhan berubat ditulis oleh
Munshi Ismail di Pulau Pinang pada tahun 1886 dan beberapa laporan lain yang
berkaitan telah diterbitkan.
3.
PENGENALAN DAN PENCIRIAN TUMBUHAN.
Setiap tumbuhan dapat dikenali melalui ciri-ciri seperti
: ketinggian, saiz dan bentuk daun, bentuk dan warna bunga, saiz dan bentuk
bunga dan bau yang terdapat dalam batang dan daunnya. Secara saintifik, setiap
tumbuhan dikenali dengan nama saintifik dan mempunyai ciri-ciri saintifiknya
dan mempunyai ciri-ciri taksomi (penamaan) yang khusus bagi sesuatu spesies
(jenis).
4.
KEPENTINGAN DALAM PEMBANGUNAAN UBAT-
UBATAN MODEN
a)
Sebagai sumber terus ubat-ubatan moden seperti murfina,
strofantin, atrofin dan digitoksin.
b)
Sebagai sumber bahan mula untuk sintesis ubat-ubatan yang
lebih berkesan dan lebih selamat.
c)
Sebagai model bahan bioaktif untuk program sintesis
ubat-ubatan moden.
5.
JENIS-JENIS TUMBUHAN BERUBAT
Mengkudu
a)
Nama botani: Morinda
citrifolia, Linn . (Latin)
b) Nama
famili: Rubiaceae
c)
Nama tempatan : Mengkudu akar, mengkudu hutan.
Pengenalan
spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Mengkudu termasuk jenis kopi-kopian. Tumbuh secara liar
di hutan, di lembah yang berair seperti ditepi-tepi sungai. Tumbuhan ini tidak
terlalu besar dengan tinggi pohon 3 hingga 8 meter. Daunnya bersusun hadapan,
panjang daun 20 hingga 40 cm dan lebar 7 hingga 15 cm. Bunganya berwarna hijau,
bentuk lonjang. Bijinya banyak dan kecil-kecil terdapat dalam isi buah.
Khasiat
dan manfaat untuk pengubatan.
Daun Mengkudu untuk membalut tungku kerana khasiatnya
dapat mengecutkan rahim wanita selepas bersalin. Caranya adalah ambil beberapa
buah mengkudu yang sudah masak, bersihkan dan kisarkan buah-buahan itu sehingga
hancur dengan air, tapiskan untuk mendapatkan airnya. Airnya ditambahkan madu
lebah untuk memaniskan kerana rasanya agak masam dan pedas sedikit.
Mengkudu sesuai merawat kencing manis, menyubur sperma
(lelaki), darah tinggi, buang angin, cacing dalam perut, batuk, sakit kuning
dan menghilang sisik pada kaki.
Pokok
semalu
a)Nama botani :Mimonasu
pudica L.
b)Nama Famili :Leguminnosae
c)Nama tempatan :Malu-malu,Semalu,Puteri malu,Kembang
gajah ,Rumput rimau,Memalu,Kemuncup,Keman,Duri keman
Pengenalan
spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Pokok semalu ini terdapat dengan banyak di seluruh negara
,terutamatnya di tepi jalan,di kawasan terbiar dan dikampung.Tumbuhan ini
dikenali kerana ia dari jenis yang cepat mengecut apabila menyentuhnya dan
mempunyai duri .
Khasiat
dan manfaat untuk perubatan
Tumbuhan ini amat sesuai digunakkan untuk mengecut
,menguat dan membersihkan faraj,khususnya selepas bersalin atau haid,ia juga
berkhasiat dijadikan mandian dan bukan sebagsi minuman .Caranya adalah ambil
beberapa batang Pokok semalu termasuk akarnya ,bersihkan ,kemudian masuk
kedalam bekas(periuk) yang dimasukkan air kosong bersama sedikit buah
manjakani,garam kasar dan asam keping,kemudian rebuskannya.Tunggulah sehingga
asam keping itu kembang dan biar airnya suam sedikit.Air semalu ini boleh
dibuat air mandian.
Selain itu ,,ia dapat merawat masalah cekang kaki dan
tangan yang pesah-pecah kerana dimakan air.Caranya adalah ambil beberapa batang
pokok semalu bersama akarnya sekali,campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga
lumat .Seterusnya sapu bahagian yang terkena peyakit tersebut.
Tumbuhan ini dapat mengubati bengkak ,luka dan
bisul.Caranya adalah menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan(Curcuma domestica)dan kerak-kerak nasi (Terenia polygonaides).Kemudian tampal pada
bahagian yang sakit.
Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang ,sebagai
pelawas kencing ,sakit perut ,senggugut ,malaria,lelah,tonik,sakit keputihan
dan kusta.Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak ,batuk
dan deman .Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada
bahagian yang digigit oleh binatang bisa.
Asam
jawa
a)Nama botani :Tamarindus
indica L.
b)Nama famili :Leguminosae
c)Nama tempatan :Asam jawa,Asam ,Celagi
Pengenalan
spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Tumbuhan ini hidup liar dan sering didapati ditepi jalan
dan kawasan rumah .Pokonya berdaun halus dan daun muda hijau pucat .Buahnya
berbentuk bulat pipihdan memanjang hingga kira-kira 15 cm,berwarna perang dan
dijadikan pokok teduhan .Isi buahnya yang agak kering dan melekit serta
mempunyai rasa yang masam diselaputi oleh beberapa helai serabut yang selari
mengikut panjang buah.Apabila buah masak ,isinya akan mengecut sedikit dan
lekang daripada lenggainya.
Khasiat
dan manfaat untuk perubatan
Asam jawa dapat merawat bisul.Caranya adalah daun
dicampur dengan kunyit dan disapu pada kawasan bisul.Kulit batang pokok ini
direbus dan airnya diminum untuk mengubati lelah, asma dan juga sebagai bahan
pelawas.bahagian kulit dicampur bersama minyak sapu boleh digunakan untuk
mengubati luka,kudis dan gatal kulit.
Air asam jawa boleh menyejuk orang sakit yang suhu tinggi
dan hilangkan dahaga.Isi asam jawa digunakan sebagai penyejuk bahagian anggota
badan yang terkena asid,dan untuk merawat penyakit skurvi.
Kandungan Nilai Kandungan Nilai
Air 21.0
g Natrium 10.0 mg
Protein 3.5 g Kalium
158.0mg
Lemak 1.0 g Karoten 20.0 g
Karbohidrat 72.6 g Vitamin B 1 0.08 mg
Serabut 1.4g Vitamin B 2 0.04 mg
Abu 0.5
g Vitamin C
10.0 mg
Kalsium 170.0mg Niasin 0.1 mg
Fosforus 45.0 mg
100
gram isi asam jawa yang boleh dimakan yang mengandungi kandungan-kandungan
vitamin
Petai
a)Nama botani :Parkia
speciosa Hassk
b)Nama famili :Leguminasae
c)Nama tempatan :Petai kerayung (Parkia javanica),Petai meranti (Parkia
singularis ),
Petai papan (Parkia speciosa),Petai nering (Parkia sumatrana)
Pengenalan
spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 58 meter .Banyak
terdapat di kawasan kampung dan tumbuh liar di hutan tanah rendah .Bijinya
terkandung di dalam lenggai panjang yang lurus atau berpintal dan berwarna
hijau.Bijinya mempunyai bau yang kuat,terdapat 60 jenis petai didalam alam
tropika ini tetapi cuma 4 jenis di semenanjung.
Khasiat
dan manfaat untuk perubatan
Petai dipercayai boleh mengubat penyakit darah tinggi dan
kencing manis .selain itu, ,ia juga dapat dijadikan ulam atau dimasak sebagai
sambal.Ulam biasa menyumbang ke arah kesihatan seseorang melalui pelbagai
vitamin .(
Rangu-rangu
a)Nama botani :Peperomia
pellucida H.B dan K
b)Nama famili :Piperaceae
c)Nama tempatan :Ketumpagan air
Pengenalan
spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Pokok herba yang daunnya tersusun dalam bentuk spiral dan
boleh ditemui ditepi-tepi longkang atau dicelah-celah rekahan simen di tepi
rumah .
Khasiat
dan manfaat untuk perubatan
Rangu-rangu sesuai sebagai penyejuk badan ,sesuai untuk
mereka yang deman atau terasa urat dalam badan mereka sakit-sakit(sengal tulang
dan lenguh),ia mempunyai 2 cara menggunakan tumbuhan ini iaitu minum .Bersihkan
dahulu ,kisarkan sebatang pokok rangu-rangu dengan akar sekali dengan sedikit
air masak,ditapis dan dapatkan air sahaja.
Jika hendak menuam ,cuma tumbukkan rangu-rangu itu
sehingga lumat dan letakkan di atas sehelai kain dan letakkan di atas kepala.
Senduduk
a)Nama botani :Melastona
malabathricum Linn.
b)Nama famili :Melastomataceae
c)Nama tempatan :Senduduk,Akar keduduk
hitam,Senduduk,Sekenduduk,Si kaduduk ,Kenduduk ,keduduk,seduduk,kedok.
Pengenalan
spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
Pokok renek yang sangat bercabang dan mencapai ketinggian
sehingga 3-4 kaki tinggi dan sering menghasilkan bunga ketika masih kecil lagi
.Batangnya warna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus .Daunnya 1-5 inci
panjang dan bahagian bawah daunnya kasar jika disentuh.
Khasiat
dan manfaat untuk perubatan
Senduduk dapat merawat luka ,kesan terbakar dan luka-luka
bahagian dalam bagi wanita selepas bersalin.Untuk merawat wanita selepas bersalin
adalah mengambil akar dan beberapa helai daun pokok senduduk ,bersihkan
,rebuskan sehingga mendidih ,tapiskan dan minum perlahan-lahan.
Bagi merawat luka dan kesan terbakar ,caranya
daun-daunnya ditumbuk sehingga lumat,sapulah daun yang telah lumat ditempat
luka atau kesan yang terbakar .Daun-daun juga boleh dibuat serbuk dengan
mengeringkan dahulu dan tumbuk hingga hancur.
Tumbuhan ini dapat merawat cirit-birit,caranya dengan
daunnya direbus dengan sedikit gula,halia dan bonglai serta air rebusan diminum.Air
rebusan jika diminum boleh menghalang wanita yang mengandung dari keguguran
.Air rebusan akar digunakan sebagai ubat kumur-kumur untuk mencuci mulut yang
berbau dan menghalang seriawan mulut.
Kacangma
a)Nama botani :Leonorus
sibiricus L.
b)Nama famili :Labiatae
c)Nama tempatan :Seranting ,Padang derman ,Tebung
,Aga,Motherwort(bahasa Inggeris),Yimucao(bahaca Cina),Rumput untuk ibu
Pengenalan
spesifikasi tumbuhan dan ciri-cirinya
kacangma biasanya tumbuh liar dan ditanam di sekitar kawasan
perumahan .pokok tumbuh menegak ,setinggi kira-kira satu meter.Daun jenis
palmat yang bercabang manakala bunganya
berwarna putih keunguan-unguan dan merah jambu.Digunakan sebagai tumbuhan
ubatan kaum Cina .Kesemua bahagian pokok kacangma dan biji mempunyai nilai
perubatan.
Khasiat
dan manfaat untuk perubatan
Kacangma digunakan secara tradisional oleh kaum ibu untuk
mengurangkan sakit badan ,melancarkan kitaran haid ,dan mempercepat pengecutan
rahim selepas bersalin .Selain itu, ia berfungsi membaiki peredaran darah dan
merendahkan tekanan darah.
Kacangma dipilih sebagai ramuan untuk beberapa jenis
minuman tonik khususnya yang dihasilkan oleh negara China dan Jepun.
KESIMPULANNYA
Di Malaysia banyak lagi spesies tumbuh-tumbuhan yang
belum dikaji potensi sebagai radas kesihatan Malaysia.Melalui sokongan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan yang bersepadu akan membolehkan industri tumbuhan
ubat-ubatan meningkat maju dan menghasilkan keluaran yang berkualiti .Kita
harus berbangga kerana tumbuh-tumbuhan seperti Kuinina (Cinchona ledgeriana)dapat mengubah malaria ,Vinblastina dan
Vinkristina ( Catharanthus roseus)
berfungsi sebagai anti barah dan terbaru Pokok Bintagor (Calophyllum lanigerum)yang mempunyai aktiviti anti-AIDS .Semua ini
adalah di antara contoh-contoh kejayaan hasil penyelidikan tumbuhan
ubat-ubatan.
Lantaran itu ,semua pihak termasuk
FRIM,institusi-institusi pengajian tinggi ,Kementerain Sains,Teknologi dan Alam
Sekitar,Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ,Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaandan
lain-lain lagi harus berganding bahu meningkatkan usaha di dalam penyelidikan
dan pembangunan dalam industri tumbuhan ubat-ubatan.
BLIBIOGRAFI
Buku-buku rujukan
1)Abdul A.Bidin.1987,Paku-pakis
Ubatan Di Semenanjung Malaysia,Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kementerian
Pendidikan Malaysia.
2)Fasihuddin Ahmad Hasmah Raji.1993,Kimia Hasilan Semulajadi Dan Tumbuhan Ubatan Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kementerian Pendidikan Malaysia.
3)Muhamad B.Z dan Mustafa A.M.1992,Tumbuhan Dan Perubatan Tradisional,Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
4)Rukayah Aman.1992,Buah-Buahan
Nadir Semenanjung Malaysia , Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kementerian
Pendidikan Malaysia.
5)Thomas A.N.S.1991,Tanaman
Obat Tradisional ,Penerbit Kanisius Yogyakarta.
Majalah-majalah
Dewan Kosmik=1993(Mac,April)
1996(April,Disember)
1997(Jun,Oktober)
1998(Januari,Februari,Mei,Jun,Julai,Ogos)
1999(Mac,Mei,Jun,Julai,Ogos,November)
DewanMasyarakat=1999(September,November)
Agromedia=1997(Disember)
Suratkhabar
Utusan Mingguan