TUMBUHAN BERACUN

IBRAHIM IJANG

Pendahuluan;

Tumbuhan beracun adalah tumbuh-tumbuhan yang boleh menyebabkan kesakitan, mabuk atau kematian apabila kita memakan, meminum atau menyentuh bahagian-bahagian tertentu. Menurut Forsyth (1954), beliau mentakrifkan tumbuhan beracun sebagai tumbuhan yang menyebabkan kesihatan normal terganggu apabila bahagian-bahagian tertentu darinya digunakan oleh haiwan atau manusia yang dapat menerima kesannya (di petik dari North 1967). Contohnya getah rengas, Glata spp. (Anacardiaceae) menyebabkan bengkak dan melecur pada kulit orang yang mudah menerima kesannya.

Kingsbury (1967) pernah merekodkan lebih kurang 700 spesies tumbuhan beracun yang menyebabkan kesakitan atau kematian kepada manusia atau haiwan dan masih banyak yang belum diketahui. Tumbuhan yang digolongkan ke dalam tumbuhan beracun adalah terdiri dari semua kumpulan tumbuhan termasuk rumpair, kulat, paku pakis, dan tumbuhan tinggi.

Mengikut Burkill (1935) terdapat 192 spesies tumbuhan tinggi yang beracun di semenanjung Tanah Melayu, contohnya biji pokok akar batu pasir kambing Sarcolobus globorus (Asclepiadaceae) digunakan untuk meracun anjing liar, pokok tuba Derris elliptica (Leguminoseae) digunakan untuk menuba ikan dan miang dari rebung buluh Bambusa spinosa digunakan sebagai ramuan santau.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik cara penggunaan tumbuhan beracun yang sering diamalkan oleh masyarakat melayu dan orang asli, contoh orang asli menggunakan getah pokok ipoh Antiaris toxicaria (Urticaceae) dan akar ipoh Strychnos spp. (Loganiaceae) untuk membuat ramuan racun anak panah dan sumpitan.

Analisa kimia dilakukan terhadap beberapa jenis bahan kimia seperti alkaloid, saponin, tanin dan sebatian polifenolik, flavonoid, antrakuinon dan glikosid sianogenik. Bahan ini bersama-sama bahan lain adalah bertanggungjawab terhadap kesan peracunan yang ditunjukkan oleh tumbuhan tersebut, contohnya pokok bunga jepun Thevetia peruviana (Apolynaceae) mengandungi sejenis glikosid sianogenik yang bertindak sebagai kardiak glukosid. Bahan ini bertindak pada otot jantung dan otot lain.

Hasil Kajian Penyelidik Terdahulu

Ulasan tentang tumbuhan beracun secara khusus belum lagi dilakukan di Semenanjung Malaysia.

  1. Ridley (1922-1925) telah menyentuh sedikit sebanyak di dalam huraiannya terhadap tumbuhan di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau cuma menyebut secara umum bahagian yang beracun dan kesannya sebagai ciri diagnosis bagi spesies-spesies tertentu yang di buat huraian.
  2. Gimlette (1915) menyentuh dengan lebih mendalam terhadap 31 jenis tumbuhan beracun. Di sini beliau menghuraikan dengan agak mendalam tentang morfologi, habitat dan aspek peracunan tumbuhan tersebut. Gimlette (1939) kemudiannya mengumpulkan beberapa spesies tumbuhan beracun bersama tumbuhan yang menghasilkan nilai ekonomi yang lain di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau menyentuh dengan mendalam tentang aspek peracunan dan kesan serta penggunaannya tetapi beliau tidak membuet huraian dengan baik tentang spesies tersebut.
  3. Burkill (1935) merekodkan 192 spesies tumbuhan beracun yang terdapat di Demenanjung Tanah Melayu tetapi tidak pula menghuraikan ciri-ciri pokok berkenaan dengan lengkap.
  4. Corner (1948) dan Henderson (1959) pula menyebut ciri-ciri peracunan dalam spesies-spesies yang dihuraikan oleh mereka sebagai satu ciri diagnosis.
  5. Kesan fisiologi oleh racun dari tumbuhan beracun boleh dibahagikan kepada berikut (mengikut Condor 1957)

  1. Keracunan berdarah
  2. Keracunan saraf
  3. Keracunan saraf otot
  4. Kepanasan, kepedihan, gatal atau pedas dari kesan luar atau dalaman

Kesan-kesan keracunan juga boleh dikelaskan kepada;

  1. Kepanasan kulit;
  2. Disebabkan oleh sentuhan secara langsung atau tidak langsung dengan bahagian-bahagian yang tidak beracun

  3. Keracunan dalaman
  4. Kesan yang dirasai apabila digunakan bahagian-bahagian yang beracunsecara dalaman seperti memakan atau meminum.

  5. Kecederaan mekanikal

Kecederaan yang disebabkan oleh duri miang, bulu yang tajam dan hablur oksalat di bahagian luar atau dalam tubuh.

Condor (1951) membahagikan kesan racun kepada dua keadaan yang utama;

  1. Tidak menyebabkan kematian
  2. Menyebabkan lemah atau kesakitan kepada mangsa.

  3. Menyebabkan kematian kepada mangsa

Bahagian-bahagian yang beracun pada tumbuhan;

  1. Daun, pucuk atau umbut
  2. Buah, isi atau biji
  3. Getah dari beberapa bahagian pokok
  4. Jus
  5. Duri, bulu atau miang
  6. Air rebusan dari beberapa bahagian tertentu seperti akar

Bahan kimia

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa beberapa bahan kimia yang bertanggungjawab terhadap kesan keracunan yang ditunjukkan oleh tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bahan kimia tersebut boleh jadi di sintesis oleh tumbuhan itu atau di serap dari tanah. Di bawah ini disenaraikan beberapa sebatian kimia yang dikatakan menyebabkan kesan peracunan kepada manusia dan haiwan.

  1. Alkaloid
  2. Saponin
  3. Tanin
  4. Flavonoid
  5. Antrakuinon
  6. Glikosid
  7. Kardinoid dan bufadienoid
  8. Oksalat
  9. Sebatian fenolik
  10. Resin
  11. Fitotoksin dan toksalbumin
  12. Mineral seperti kuprum, plambam, cadmium, florin, mangganam, nitrogen, nitrir, selenium dan molibdenum.

Huraian

  1. Alkaloid
  2. Bahan-bahan kompleks bernitrogen yang di sintesis oleh tumbuhan dan menyebabkan tindakan fisiologi yang hebat. Tetapi tidak semua alkaloid yang beracun, ada yang mempunyai nilai perubatan. Hiosin dan hiosiamin dan kecubung, Datura fastuosa (Solanaceae) adalah merupakan alkaloid yang beracun (Gimlette 1915). Kebanyakkan alkaloid di dalam tumbuhan mempunyai nilai perubatan. Banyak jenis alkaloid mempunyai rasa pahit. Beberapa alkaloid yang menyebabkan midriatik, bertindak pada otot radikal yang mengawal pembesaran anak mata (Mankse 1955) ‘strychnine’ pada akar Strychnos spp. (Loganiaceae) adalah alkaloid yang menyebabkan lumpuh.

  3. Saponin
  4. Sejenis glikosid yang mempunyai ciri-ciri kebolehan berbuih apabila larutan akuos di goncang. Saponin mempengaruhi tindakan hemolitik yang kuat ke atas sel darah merah bila dimasukan ke dalam saluran darah , ia adalah bahan toksik yang kuat. Saponin digunakan sebagai racun ikan (tuba), menyebabkan lumpuh pada insangnya. Saponin steroidal di temui dalam banyak tumbuhan monokotilidon dan saponin triterpenoid banyak terdapat dalam dikotilidon

  5. Tanin dan Sebatian Polifenolik
  6. Ada dua jenis tanin telah dikenali iaitu tanin yang boleh dihidrolisis dan tanin kental. Tanin yang boleh dihidrolisis dikenali sebagai tanin pirogalol. Secara kimia mereka adalah sebatian polifenolik yang bergabung dengan unit glukosa oleh ikatan ester. Tanin kental kadang-kadang di panggil tanin katecol adalah polimer dari sebatian fenolik yang berhubung dengan pigmen flavonoid.

  7. Glikosid Sianogenik
  8. Hasil hidrolisis gula dan satu atau lebih bahan lain seperti aglikon. Kebanyakan glikosid sianogenik tidak toksik. Hanya beberapa yang toksik seperti Theveti dalam pokok bunga jepun Thevetia piruviana (Apolynaceae).

    Keracun dari bahan ini adalah akibat pembebasan asid hidrosianik dari hidrolisis sianogenik oleh enzim hidrolitik. Banyak jenis glikosik membebaskan racun bila dipecahkan oleh enzim dalam proses penghadaman. Ini akan menyebabkan enzim-enzim yang berfungsi dalam proses metabilisma di dalam darah musnah dan menyebabkan kecederaan yang teruk pada lapisan dalam saluran penghadaman, juga mencegah dari berlakunya pembekuan darah (Kingsbury 1965). Bahan ini ditemui dengan banyak dalam kulit ubi kayu. Glikosid sianogenik ditemui tersebar dalam lebih 80 famili tumbuhan. Bahan ini akan kehilangan bila penuaian dilakukan keatas tumbuhan tersebut atau dikurangkan bila tumbuhan di simpan di dalam larutan raksa klorid atau alkohol etil.

  9. Flavonoid
  10. Ditemui dalamtumbuhan sebagai glikosid dengan satu atau lebih kumpulan hidroksil fenolik bergabung bersama-sama gula. Banyak flavonoid dilapurkan mempamirkan aktiviti biologi yang berbeza. Lapuran terbaharu flavonoid ialah sebagai antivirus, antikulat, mencegah kepanasan dan aktiviti sitotoksik.

  11. Kardinolid dan Bufadienolid
  12. bahan ini adalah steroid yang mengandungi gula deoksi dan rantai lakton yang tepu. Mereka di panggil kardiak glikosid dan bertindak ke atas otot-otot jantung.

  13. Antrakuinon
  14. Terdiri dari sebatian yang mengandungi pewarna kuinon seperti antrakuinon, antron, anteranol, emodin dan chrisopanol. Antrakuinon selalu digunakan sebagai pewarna dan ia adalah bahan kimia yang bersifat julap.

  15. Oksalat
  16. Merupakan asid yang lemah. Ia bergabung dengan kalsium membentuk kalsium oksalat yang tidak larut. Jika oksalat terlalu banyak dalam darah, kalsium akan berkurangan sedangkan kalsium begitu penting untuk fungsi saraf dan keperluan tubuh. Hablur oksalat yang tidak larut akan berkumpul di dalam buah pinggang membentuk batu garam yang dapat melukakan tubal-tubal di dalam buah pinggang (Kingsbury 1965). Ini menyebabkan seseorang itu pengsan. Dengan memakan gula bit bersama kapur, kalsium oksalat tersebut akan terbentuk di dalam usus tidak di dalam darah, ini dapat mencegah berlaku keracunan (North 1967).

  17. Bahan bukan organan

Contoh kuprum, plambam, cadmium, florin, mangganam, nitrogen, selenium, molidenum dan nitrat.

Nitrat (NO2) yang terkumpul di dalam tumbuhan akan bertukar kepada nitrit (NO3) oleh bakteria atau enzim. Ini berlaku pada tumbuhan yang hidup pada tanah yang kaya dengan nitrat. Apabila tumbuhan yang mengandungi banyak nitrat di rebus ia akan tertinggal di dalam air rebusan dan jika air ini di minum boleh menyebabkan kematian. Simptom keracunan nitrit ialah sakit dalam abdomen, ceret-beret, lemah otot dan menggeletar (North 1967).

Aspek Peracunan Di dalam Tumbuhan.

  1. Alocasia denudata Engl ( keladi candek )
  2. Jus batang dan petiol sangat gatal dan menusuk. Ubi tidak boleh di makan kerana gatal. Jus buahnya juga menyebabkan gatal. Jika di ambil melalui makanan atau minuman menyebabkan mulut dan kerongkong menjadi gatal dan bengkak. Jus dari ubi digunakan sebagai ramuan untuk membuatracun. Jusnya mengandungi hablur yang kecil dan tajam (burkill 1935).

    Beberapa spesies lain dari famili ini seperti birah (Colocasia maerorrhiza) mengandungi jus yang menusuk dan sangat gatal. Jus keladi di campur dengan miang rebung, di sapu pada badan menyebabkan gatal yang kuat (Gimlette 1915).

  3. Datura fastuosa L. (kecubung)

Bahagian utama yang memabukkan dari tumbuhan ini adalah bijinya, tetapi keseluruhan pokok ini adalah mabuk jika digunakan secara dalaman seperti memakannya. Asap dari pembakaran pokok atau bijinya juga boleh memabukkan jika di hidu. Cara ini selalu digunakan oleh pencuri untuk memukau. Orang yang mabuk kecubung adalah berkeadaan seperti orang yang berkhayal, bercakap tidak menentu, mulut dan kerongkong kering, muka merah, anak mata mengecil dan pandangan menjadi kabur. Jika dos yang lebih digunakan boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedar diri dan maut. Cara penggunaannya ialah dengan menumbuk bijinya dan dimasukkan ke dalam makanan atau diminuman air rebusan pokoknya.

Di Batu Pahat dan beberapa tempat, pernah dilapurkan orang kampung menangkap pengganas komunis dengan memasukkan biji kecubung ke dalam makanan yang dimintanya. Seorang bomoh dari pendang Kedah memberitahu yang air rebusan daun tumbuhan ini boleh diminum untuk mengubat penyakit lelah atau ashma tetapi jangan minum terlalu banyak. Kes mabuk kecubung sering dilapurkan dikalangan kanak-kanak kerana mereka selalu bermain dengan bunga tumbuhan ini yang menarik.

Kesan mabuk yang ditunjukkan di sini adalah disebabkan oleh tiga jenis alkaloid iaitu hiosin, hiosiamin dan atropin (North 1967). Dalam biji Datura alba Nees di temui alkaloid terbanyak adalah hiosin dan dapat di kesan sedikit hiosiamin. Sementara dalam biji dan akar Datura fastuosa pula ditemui mengandungi hiosin tetapi sangat sedikit hiosiamin serta atropin yang boleh menyebabkan narkosis iaitu demam sejuk, hilang keseimbangan, khayal dan tidak sedar (North 1967). Hiosin dan hiosiamin menyebebkan midriasis iaitu pengecilan anak mata dan siklopegia iaitu lumpuh pada otot. Hiosin memberi kesan pada sistem saraf pusat (Avery et.al 1959).

Kesimpulan;

Tumbuhan beracun dikatakan banyak membawa mudarat kepada manusia dan haiwan tetapi tidak semuanya berkeadaan demikian, ada yang boleh mendatang kebaikan kepada manusia jika digunakan dengan cara yang betul. Contohnya Derris elliptica Benth (tuba jenum) boleh digunakan sebagai racun serangga dan boleh digunakan pada tumbuh-tumbuhan kerana ia mengandungi bahan yang dipanggil ‘derrid’. Tumbuhan beracun adalah penting kepada manusia kerana ia boleh membantu manusia di dalam banyak perkara jika digunakan mengikut kaedah yang tertentu bagi tujuan tertentu.

Rujukkan

  1. Shaffe Haji Muhammad Daud. Kajian awal ke atas tumbuh-tumbuhan beracun di semenanjung Malaysia (4 kat QK 100. M3S52 1981, UM 1420).
  2. H.N.Ridley,The flora of Malay Peninsula.
  3. I.H.Burkill, A dictionary of economic products of the Malay Peninsula
  4. Kingsbury 1967. Poisonous plant of the United State and Canada prentice hall,inc.Englewood C.iffs New Jersey.
  5. Keng Hsuan 1967 ,Order and families of Malay seed plant, University of Malay press Kuala Lumpur.
  6. North P.M 1967, Poisonous plants of fungi in colour Blandford press London.