MENU UTAMA

 
 
 
 
 
 
 
 
MENU arrow Pengenalan
 

Jurnal e-Bangi pada asalnya dikenali sebagai Jurnal e-sumber adalah jurnal elektronik berwasit Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Pewujudan penerbitan Jurnal e-Bangi sememangnya memenuhi status UKM sebagai ‘Universiti Penyelidikan” yang diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Jurnal e-Bangi menyediakan landasan tambahan kepada para akademik dan penyelidik untuk ikut serta dalam perbincangan intelektual, penyebaran dan perkongsian penemuan kajian, metodologi dan teori.


Para ahli akademik dan penyelidik dari FSSK dan luar FSSK, dalam negara atau luar negara, dijemput untuk menyumbang artikel, nota penyelidikan atau ulasan buku berkenaan dengan aspek-aspek sains sosial dan kesusasteraan dalam konteks Malaysia dan rantau Asia Tenggara.


Jurnal e-Bangi berbentuk dwi-bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan penerbitan artikel dalam Jurnal e-Bangi adalah dua kali setahun. Segala sumbangan akan diwasit oleh sidang pengarang dan tokoh-tokoh yang mempunyai kepakaran bersesuaian dengan tema artikel yang dihantar.


Jurnal e-Bangi mempunyai hakcipta ke atas semua artikel yang diterbitkan.

     

 

 

 

    Copyright© Jurnal e-Bangi FSSK, UKM® 2006 : All Rights Reserved by WEBMASTER®
 
   
Bahasa Melayu English