
Pengenalan
Jurnal Pengurusan diterbitkan
setiap tahun oleh Penerbit UKM untuk Fakulti Pengurusan Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal ini adalah jurnal keilmuan yang menerbitkan karya-karya asal
yang memajukan teori, amalan, dan penyelidikan dalam pelbagai bidang
perniagaan termasuk perakaunan, ekonomi perniagaan, pendidikan perniagaan, undang-undang perniagaan, kewangan, teknologi maklumat, pengurusan
pemasaran dan kaedah penyelidikan.
Karya yang sesuai diterbitkan dalam Jurnal Pengurusan termasuklah
sintesis bersifat teori, model konsepsi, kertas pendirian, ulasan
karya, dan kertas empirik sama ada yang menggunakan metodologi kualitatif
atau kuantitatif ataupun kedua-duanya sekali. Maklumat mengenai penyerahan manuskrip didapati sama ada di muka
belakang jurnal ini atau didalam bahagian Information for Contributors. Untuk contoh abstrak sila klik contoh abstrak
Sebagai sebuah jurnal keilmuan, polisi penyuntingannya memerlukan
manuskrip melalui suatu proses pewasitan oleh dua orang wasit secara
"blind review". Keputusan penerimaan adalah berasaskan cadangan
yang diberi oleh pihak yang mewasit manuskrip itu. Manuskrip yang
dihantar mestilah belum pernah diterbitkan ataupun tidak sedang
dipertimbangkan oleh pihak penerbit lain. Penulisan rencana sama
ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris dialu-alukan. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai jurnal ini, sila hubungi ketua editor di r_azimah@ukm.my.
Sila lawati http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurus.htm untuk mendapatkan senarai penuh Jurnal Pengurusan yang pernah
diterbitkan