3. Doktor Falsafah Ekonomi
Ekonomi
Program ini bertujuan membimbing pelajar untuk menjadi ahli ekonomi berkemampuan tinggi supaya mereka dapat menjana dan menyampaikan ilmu dalam bidang ekonomi. Pengajaran kursus dan penyediaan tesis atau disertasi akan membolehkan pelajar mendalami ilmu ekonomi dan menjalankan penyelidikan yang saintifik. Penganugerahan ijazah doktor falsafah mengambilkira pengetahuan pelajar yang luas dan mendalam serta keupayaannya menjalankan penyelidikan secara kendiri dalam bidang penyelidikannya.
Kategori Calon
Calon yang ingin mengikuti program ini boleh mengikutinya secara sepenuh masa atau separuh masa. Permohonan hendaklah dibuat melalui Pusat Pengurusan Siswazah.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian secara sepenuh masa adalah enam (6) hingga dua belas (12) semester. Tempoh pengajian separuh masa adalah lapan (8) hingga empat belas (14) semester. Bagi pelajar yang dibenarkan menukar pendaftaran daripada sepenuh masa kepada separuh masa (atau sebaliknya), baki tempoh pengajian akan ditentukan seperti berikut:
- Sepenuh masa kepada separuh masa - Baki tempoh pengajian sepenuh masa dibahagikan dengan tempoh maksimum sepenuh masa didarabkan dengan tempoh maksimum separuh masa.
- Separuh masa kepada sepenuh masa - Baki tempoh pengajian separuh masa dibahagikan dengan tempoh maksimum separuh masa didarabkan dengan tempoh maksimum sepenuh masa.
Syarat Penerimaan Masuk
Calon-calon yang mempunyai kelayakan berikut adalah layak memohon untuk mengikuti program ini:
- Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat;
- atau
Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat.
Struktur Program
Program ini mempunyai dua jenis pengajian, iaitu:
Kerja Kursus dan Disertasi
Tesis. Untuk layak dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ekonomi) pelajar mestilah mengikuti dan lulus 60 unit kursus yang terdiri daripada:
Kerja Kursus dan Disertasi
|
Unit
|
|
Tesis
|
Unit
|
| Kursus Teras |
20 |
|
Tesis (EX7960) |
60 |
| Kursus Wajib Modul |
12 |
|
|
|
| EX7936 Disertasi |
28 |
|
|
|
JUMLAH
|
60
|
|
JUMLAH
|
|