2nd International Seminar on Islamic Thought
6-7 Oktober 2009
Bilik Senat, UKM
http://www.ukm.my/isoit




 

    ukm.my www

 

 
ARKIB BULETIN APRIL 2008
   

Lawatan Juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Pengajian Siswazah
Tahun 2008 ke Fakulti Pengajian Islam 

 
Juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Pengajian Siswazah Tahun 2008 akan berkunjung ke Fakulti Pengajian Islam pada 5 dan 6 Mei 2008 (Isnin dan Selasa) bermula jam 8.45 pagi hingga 4.30 petang.

kemaskini 30.04.08 | 10.30 am

   

Sudah Terbit: WACANA NASIONALISME MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA

 
Buku terbitan Fakulti Pengajian Islam ini berjudul Wacana Nasionalisme Melayu dan Islam di Malaysia adalah hasil tulisan En. Kamarudin haji Salleh, Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Secara umumnya, buku ini mengupas tiga pendapat sarjana yang menyentuh isu nasionalisme iaitu, 1. Kumpulan yang cenderung menerimanya berdasarkan sifat-sifat positif yang ada, 2. Golongan yang menerima dengan membuat tafsiran dan pengubahsuaian makna menurut landasan semangat Islam, dan 3. Golongan yang menolaknya setelah berhujah impak negatif yang jelas telah ditimbulkan oleh nasionalisme sepertimana yang berlaku di dunia Arab.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

En. Kamarudin Haji Salleh
Tel: 03-8921 3513, e-Mel: dins@ukm.my

kemaskini 22.04.08 | 02.10 pm

   

TAHNIAH: Prof. Madya Dr. Jawiah Hj. Dakir dilantik ke jawatan Profesor

 
Seluruh warga Fakulti Pengajian Islam UKM mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada Prof. Madya Dr. Jawiah Hj. Dakir, pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam merangkap Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari UKM yang telah dilantik ke jawatan Profesor berkuatkuasa 9 April 2008.

kemaskini 17.04.08 | 09.35 am

Second International Seminar on Islamic Thought 

 

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Kali Ke-2 (ISoIT2) pada 6-7 Oktober 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kepada yang berminat untuk membentang kertas kerja dalam seminar tersebut, sila serahkan abstrak dan kertas kerja sebelum atau pada 30 Disember 2008.

Untuk keterangan lanjut sila KLIK DI SINI.

kemaskini 16.04.08 | 10.05 am

   

Ceramah Gerakan Islam di Indonesia 

 

Fakulti Pengajian Islam UKM akan menganjurkan ceramah seperti berikut:

Tajuk : Gerakan Islam di Indonesia
Penceramah : Profesor Dr. M. Jandra
(Profesor Pelawat)
Tarikh : 16 April 2008 (Rabu)
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Seminar Siswazah I, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Semua dijemput hadir.

kemaskini 15.04.08 | 03.30 pm

Takziah: Ibu En. Zamzuri Zakaria Kembali Ke Rahmatullah

 

Seluruh warga Fakulti Pengajian Islam UKM merakamkan ucapan TAKZIAH kepada En. Zamzuri Zakaria, Pensyarah di Jabatan Syariah dan keluarga atas pemergian ibunya ke rahmatullah pada tengahari 13 April 2008. Semoga ruh al-marhumah ditempatkan di kalangan mereka yang salihah dan bertaqwa. Al-Fatihah.

kemaskini 14.04.08 | 11.50 am

Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam
Malaysia-Indonesia 2008

 

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Institut Agama Islam Negeri Jamiah Al-Raniry Banda Acheh Indonesia akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia-Indonesia 2008 seperti berikut:

Tarikh : 16-17 Jun 2008
Tempat : Institut Agama Islam Negeri
Jamiah Al-Raniry Banda Acheh
Acheh City, Indonesia
Tema : Dinamika Pemikiran dan Budaya Islam Meniti Perubahan Zaman
Brosur : SILA KLIK

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Tel: (6) 03-8921 5520 / 3513
Faks: (6) 03-8921 3018
e-Mel: dins@ukm.my / juf@ukm.my

kemaskini 09.04.08 | 11.45 am

   

Diskusi Syariah Siri 1 2008

 

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM akan menganjurkan Diskusi Syariah Siri 1/2008 seperti berikut:

Tarikh : 16 April 2008 (Rabu)
Masa : 02.00 petang - 05.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Siswazah 1
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Yuran : RM 5.00 sahaja (tempat terhad)

Tajuk-tajuk pembentangan adalah seperti berikut:

Tajuk 1 : Pendakwaan Kes-kes Kesalahan Matrimoni: Pengalaman Hakim dan Pendakwa
Tuan Jasni Mat Desa
(Hakim Mahkamah Syariah Melaka dan Mantan Ketua Pendakwa Syarie Melaka)
Tajuk 2 : Penyiasatan dan Pendakwaan Kes Kesalahan Matrimoni: Pengalaman Peguam
Tuan Musa Awang
(Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia).
Tajuk 3 : Penyiasatan dan Pendakwaan Kes-kes Jenayah Syariah: Kajian di Jabatan-jabatan Islam Negeri
Dr. Zaini Nasohah
(Pensyarah Kanan Jabatan Syariah & Penyelaras Program Diploma Kehakiman Islam dan Guaman Syarie, Fakulti Pengajian Islam, UKM)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Dr. Zaini Nasohah (03-89213525),
En. Mohd. Azhar Ariff Mohd Kashim (019-6686621)
En. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani (03-89213520)

kemaskini 07.04.08 | 04.15 pm

   
 

 

 

PENAFIAN:
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2008
Diselenggarakan oleh: Webmaster Fakulti Pengajian Islam, UKM
Sebarang cadangan sila e-melkan kepada:
wmfpi@ukm.my