2nd International Seminar on Islamic Thought
6-7 Oktober 2009
Bilik Senat, UKM
http://www.ukm.my/isoit




 

    ukm.my www

 

 
ARKIB BULETIN OKTOBER 2008
   

Takziah: Bapa Ustaz Faizol Azham Mohamad Kembali Ke Rahmatullah

 

Seluruh warga Fakulti Pengajian Islam UKM merakamkan ucapan TAKZIAH kepada Ustaz Faizol Azham Mohamad, Guru Bahasa di Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam UKM dan keluarga atas pemergian bapanya ke rahmatullah jam 6.15 pagi hari Isnin 27 Oktober 2008. Semoga ruh al-marhum ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.

kemaskini 27.10.08 | 07.55 pm

   

Majlis Jamuan Hari Raya Fakulti Pengajian Islam

 

Fakulti Pengajian Islam UKM akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1429H pada Hari Jumaat 24 Oktober 2008 (jam 8.30 malam) bersamaan 24 Syawal 1429H bertempat di Dataran PUSANIKA, UKM. Bagi memeriahkan majlis tersebut, seluruh kakitangan Fakulti Pengajian Islam UKM dijemput hadir ke majlis tersebut bersama ahli keluarga masing-masing.

kemaskini 23.10.08 | 10.00 am

   

Kolokium Siswazah Pengajian Islam UKM Peringkat Kebangsaan 2008

 

Fakulti Pengajian Islam UKM akan menganjurkan Kolokium Siswazah Pengajian Islam UKM Peringkat Kebangsaan 2008 pada 30-31 Disember 2008 bertempat di Bilik Senat dan Bilik Majlis, Bangunan Canselori UKM. Untuk keterangan lanjut, sila klik:

kemaskini 14.10.08 | 02.00 pm

   

Takziah: Bapa Mertua Ustaz Ashraf Hj. Ismail Kembali Ke Rahmatullah

 

Seluruh warga Fakulti Pengajian Islam UKM merakamkan ucapan TAKZIAH kepada Ustaz Ashraf Hj. Ismail, Guru Bahasa di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan keluarga atas pemergian bapa mertuanya, Hj. Hassan Abd. Hamid ke rahmatullah jam 2.30 petang pada hari Sabtu 11 Oktober 2008. Semoga ruh al-marhum ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.

kemaskini 13.10.08 | 12.15 pm

   

Terbaru: Buku Tafsir Harian Al-Qur'an Al-Karim: Kajian Tokoh & Metodologi

 

Buku ini memperihalkan tentang kitab Tafsir Harian al-Qur'an al-Karim atau Tafsir Haji Abdullah Abbas Nasution karangan Haji Abdullah Abbas Nasution. Kitab tafsir ini merupakan khazanah tafsir Melayu yang masih belum diteroka. Justeru buku ini mendedahkan kandungan kitab ini sama ada yang tersurat ataupun tersirat untuk dikongsi dan dimanfaatkan oleh masyarakat. Dalam buku ini, pelbagai isu mengenai kitab ini turut dikupas, dikaji dan dianalisis bagi mengenal pasti metode penulisan, metodologi pentafsiran serta aliran atau ittijah yang mendasarinya dalam menjelaskan ayat-ayat Allah s.w.t.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Dr. Mazlan Ibrahim

Tel: 03-8921 3516, e-Mel: mazib@ukm.my

kemaskini 07.10.08 | 10.25 am

   
 

 

 

PENAFIAN:
Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2008
Diselenggarakan oleh: Webmaster Fakulti Pengajian Islam, UKM
Sebarang cadangan sila e-melkan kepada:
wmfpi@ukm.my