PROGRAM GEOLOGI
SENARAI DAN
KANDUNGAN KURSUS TAHUN 2 STAG
2002 Geologi Struktur (Prakeperluan STAG 1022) Struktur akibat pengenapan dan canggaan;
asas-asas canggaan; retakan, kekar, rekahan, sesar, lipatan. Struktur pada batuan
hablur; struktur besar dan struktur minor. Amali meliputi kaedah menganalisis
dan mentafsir data struktur dengan bantuan unjuran sama-luas. Mentafsir
struktur dan peta geologi dan singkapan, contoh tangan batuan dan gambarajah
blok. Rujukan Davis, G.H.
1984. Structural Geology of Rocks and Regions. N. York: John Wiley
& Sons. Hills,E.S. 1972.
Elements of Structural
Geology. London: Chapman & Hall. Atau terjemahannya oleh Ibrahim
Abdullah & Zaiton Harun. 1994. Unsur Geologi Struktur, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Park , R.G. 1983 . Foundations of Structural Geology. Blackie & Sons. Wilson, G.
1982. Introduction to Small - scale Geological Structure. G. Allen
& Unwin. STAG
2003 Sedimentologi (Prakeperluan STAG 1003) Asal dan penghasilan bahan-bahan enapan.
Mekanik aliran dan pengangkutan bahan-bahan enapan (oleh angin, air, glasier,
arus ketumpatan) dan tekstur enapan; keliangan dan ketelapan. Struktur
enapan: mekanik, biogenik, nendatan dan lain-lain. Pengelasan enapan dan
batuan enapan; batuan klastik, karbonat, enapan silika, evaporit dan
lain-lain. Diagenisis dan tekstur diagenesis. Pengelasan sekitaran enapan;
sifat-sifat sekitaran moden termasuk fisiografi, proses, bentuk perlapisan
dan taburan bentuk perlapisan, fasies; taburan dan hubungannya; jujukan
fasies; mengenal dan mentafsir sekitaran enapan kuno dari singkapan, log
enapan dan sebagainya. Amali melibatkan kerja-kerja analisis saiz
butiran, kajian tekstur dan struktur enapan dan kajian petrografi jenis-jenis
batuan enapan yang biasa dan yang khas. Lawatan lapangan ke kawasan terpilih
akan dikendalikan. Rujukan Boggs, S. 1987. Principles of
Sedimentology and Stratigraphy. Merrill. Reading, H.G.
1986. Sedimentology Environments and Facies. Blackwell (Second Edition) Selly, R.C. 1988 . Applied Sedimentology. Academic Press. STAG
2013 Petrologi (Prakeperluan STAG 1003) Petrografi dan petrologi sebagai cabang
sains geologi. Pengelompokan batuan serta ciri utama masing-masing.
Pengelasan dan penamaan batuan igneus dan metamorf berdasarkan kandungan
mineral dan tekstur. Jenis-jenis biasa batuan igneus dan metamorf dibahas
dari segi kandungan mineral dan tekstur. Magma semula jadi, sifat, kandungan dan puncanya. Evolusi
magma; diferensiasi, asimilasi dan hibridasi. Penghabluran keseimbangan dan
penghabluran berperingkat dalam sistem uner dan biner mudah serta kaitannya
dengan fenomena dalam batuan igneus. Konsep-konsep asas: metamorfisme rantau
progresif, gred, isograd, isoterma, isobar, zon, fasies, siri fasies,
metamorfisme jenis tekanan, garis peralihan K-A, jalur metamorf berpasangan.
Tindak balas metamorf. Amali
melibatkan teknik petrografi asas seperti pewarnaan dan pembilangan titik
pada singkapan, contoh tangan mahupun keratan nipis, serta penghuraian
bersistem batuan yang biasa di bawah mikroskop dan pengelasannya. Beberapa
penafsiran asal mula dan evolusi batuan igneus dan batuan metamorf
berdasarkan kajian mikroskop dan data komposisi kimia juga diamalikan. Kursus
ini beramali. Rujukan Hamzah Mohamad.
1990. Bimbingan Amali Petrografi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hatch, R.,
Wells, A.K. & Wells, M.K. 1979. Petrology of the Igneous Rocks.
London: George Allen & Unwin (Ed. Ke-13). Mason, R.
1990. Petrology of the Metamorphic Rocks. London: Unwin Hayman (Ed.
Ke-2). Edisi pertama atau terjemahan edisi pertama oleh Hamzah Mohamad. 1988.
Petrologi Batuan Metamorf. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh digunakan). William, H.,
Turner, F.J. & Gillbert, C.M. 1982.
Petrography: An Introduction to
the Study of Rocks in Thin Sections. San Francisco: Freeman (Ed. ke-2). STAG
2023 Latihan Lapangan 1 dan Teknik Pemetaan Menjelajah kawasan-kawasan di
Semenanjung Malaysia, biasanya di
Pantai Timur, selama tidak lebih daripada 7 hari di bawah penyeliaan tenaga
pengajar untuk mengenal lebih dekat aspek-aspek geologi, termasuk geologi
tempatan. Pelajar dikehendaki membuat laporan bertulis. Asas-asas pemetaan geologi. Alat-alat
pemetaan, perlengkapan lapangan, buku catatan dan catatan lapangan,
pemungutan sampel. Kaedah menyediakan peta dasar dengan menggunakan langkah
dan kompas, dan peta topografi. Simbol geologi, peta geologi, keratan rentas,
keratan stratigrafi. Amali melibatkan latihan membuat peta pelan dan
topografi dengan menggunakan teknik-teknik di atas; pemetaan mengikut sungai,
keratan stratigrafi. Pemetaan geologi dan keratan rentas. Rujukan Ahmad, F. &
Almond, C., 1983. Field Mapping for Geology Students.
London: George Allen & Unwin. Barnes, J.W.,
1981 . Basic Geological Mapping. N.
York: Halsted Press-John Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh Ibrahim
Komoo, 1989. Pemetaan Geologi Asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Compton, R.R., 1985. Geology
in the Field. N. York: John Wiley & Sons. Ibrahim Komoo,
Ibrahim Abdullah & Juhari Mat Akhir, 1989. Teknik Pemetaan Geologi.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. STAG
2033 Geokimia dan Kaedah Peralatan Geologi Geokimia cakerawala, meteorit dan bumi.
(Kimia hablur dan koordinatan). Jenis-jenis magma baki; komposisi pegmatit
dan aplit, gas dan wap, larutan hidroterma. Taburan unsur dalam batuan
igneus, endapan dan metamorf. Unsur major, minor dan surih. Luluhawa kimia,
pereputan batuan dan bijih. Sifat-sifat geokimia unsur pada alam primer dan
sekunder. Geologi isotop. Kaitan geokimia dengan geokimia penjelajahan. Amali
meliputi penyediaan sampel dan cerakinannya dengan kaedah gravimetri,
titratan dan kolometri serta spektroskopi. Kursus Kaedah peralatan geologi ini berbentuk
amali dengan setiap amali didahului dengan penjelasan mengenai teori alat.
Matlamat kursus ialah memperkenalkan sebilangan teknik dan alat yang biasa
digunakan dalam kajian geologi, terutama mineralogi, petrologi dan geokimia.
Penekanan ialah kepada fungsi utama alat, cara kerja, batas-batas
kemampuannya, cara mengoptimumkan kemampuannya, serta ukuran kejituan data.
Pelajar akan diberi peluang menangani sebilangan daripada alat dan
mendapatkan data secara berkumpulan. Antara teknik dan alat yang diperkenalkan
ialah fotomikrografi, pemisah isodinamik, difraktometer belauan sinar-X
(XRD), fotometer api (FP), spektrometer serapan atom (AAS), penganalisis
CHNOS, spektrometer pendarflour sinar-X (XRF), mikropenganalisis prob
elektron (EPMA), mikroskopi pengimbasan elektron (SEM), dan analisis
pengaktifan neutron instrumentasi (INAA). Rujukan Johnson, W.M.
& Maxwell, J.A. 1981. Rock and Mineral Analysis. New York:
John Wiley & Sons (Ed. Ke-2). Potts, P.J. 1992. A Handbook of Silicate
Rock Analysis. London: Blackie Academic. Riddle, C.
(Ed.) 1993. Analysis of Geological Materials. New York: Marcel Dekker, Inc. Krauskoff, K.B., 1979. Introduction
to Geochemistry. N. York: McGraw-Hill. Mason, B.&
Moore, C.B., 1982. Principles of Geochemistry. N. York: John
Wiley & Sons. Atau terjemahannya oleh Wan Fuad Wan Hassan & Alias
Salleh, 1989. Prinsip-prinsip Geokimia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. STAG
2012 Geofizik Fizik Bumi: Struktur, komposisi dan
perkembangan dalaman bumi. Pengenalan kepada kaedah-kaedah geofizik untuk
penjelajahan: Graviti, magnet, kerintangan, seismos biasan dan pantulan,
elektromagnet dan kaedah pengutuban teraruh. Asas-asas umum pentafsiran data
lapangan. Amali berbentuk ilustrasi operasi lapangan alat-alat geofizik (meter
graviti, meter magnet, meter kerintangan dan meter seismos) dan penyelesaian
dan contoh/kasus sejarah di makmal. Rujukan Abdul Rahim
Samsudin. 1990. Geofizik - Konsep dan Penggunaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Bott, M.H.P. 1971. Interior of the Earth.
London: Edward Arnold. Garland, G.D.
(Ed.). 1979. Introduction to Geophysics: Mantle, Core and Crust. London: W D
Sauders & Co. Keary, P. & Brooks, M. 1984. An
Introduction to the Geophysical Exploration. London: Blackwell Scientific
Publications. STAG
2022 Stratigrafi Malaysia Litostratigrafi dan sebaran batuan endapan
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Rujukan: Gobbett, D.J.
& Hutchison, C.S. (Eds.). 1973. Geology of the Malay Peninsular. New
York: John Wiley & Sons. Hutchison, C.S.
1989. Geological Evolution of Southeast Asia. London: Pergamon Press. Khoo,T.T. &
Nutalaya,P. (eds) 1983. Proceeding of
the Workshop on Stratigraphic Correlation of Thailand and Malaysia. Kuala
Lumpur : Geological Society of Malaysia. STAG
2032 Penderiaan Jauh Pengenalan: takrif, prinsip asas, kegunaan,
kelebihan dan limitasi. Fotograf udara: cirian, unsur-unsur tafsiran,
pentafsiran litologi dan struktur geologi. Prinsip asas penderiaan jauh
satelit: sifat fizik sinaran elektromagnet, pengaruh atmosfera ke atas
sinaran elektromagnet, saling tindak sinaran elektromagnet dengan permukaan
bumi. pembalikan spektrum fitur/objek. Sistem pengesan dan sistem penderiaan
jauh satelit: LANDSAT, SPOT dan lain-lain. Penderiaan jauh RADAR: RADARSAT. Pemprosesan
data satelit komponen utama, penisbahan, penapisan dan lain-lain. Penafsiran
geologi imej satelit: litologi dan struktur. Perkembangan terkini penderiaan
jauh satelit. Sistem maklumat geografi (GIS): pengenalan dan kegunaannya
dalam geologi. Amali lebih tertumpu kepada kerja
pentafsiran fotograf udara bagi mendapatkan maklumat geologi. Selain itu,
beberapa amali berkaitan dengan teknik pemprosesan data satelit secara digit
diberikan di bahagian akhir kursus. Rujukan Allum, J.A.E.
1978. Photogeology and Regional Mapping. Oxford: Pergamon Press. Atau
terjemahannya oleh Juhari Mat Akhir, 1989.
Fotogeologi dan Pemetaan Kawasan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Drury, S.A. 1978. Image Interpretation in
Geology. London: Allen & Unwin. Ray, R.G.
1960. Aerial Photographs in Geologic Interpretation and Mapping Reston,
Virginia: U.S. Geological Survey Professional Paper 373. Sabin, F.F.
1987. Remote Sensing-Principles and Interpretation. San Francisco: W.H.
Freeman(Ed. ke-2) STAG
2042 Sumber Bumi Malaysia dan Latihan Lapangan II (Prakeperluan STAG 2023) Mineral ekonomi Malaysia; sejarah
penjelajahan, taburan pemineralan primer dan longgokan sekunder di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perlombongan timah, besi, tembaga,
emas, unsur-unsur lain. Prospek mineral ekonomi dan ekonomi Malaysia.
Perusahaan petroleum di Malaysia; sejarah penjelajahan, stratigrafi luar
pantai dan pengumpulan minyak, taburan perangkap, medan minyak dan gas,
simpanan dan pengeluaran minyak dan gas. Prospek minyak dan gas. Melakukan kerja luar di bawah penyeliaan
tenaga pengajar sekurang-kurangnya selama tujuh hari, biasanya di baratlaut
Semenanjung. Tumpuan kajian ialah kepada litostatigrafi, sedimentologi dan geomorfologi,
Struktur utama, kegiatan igneus dan metamorfisme juga dibincang bagi
tempat-tempat terpilih. Pelajar dikehendaki membuat laporan lapangan
bertulis. Rujukan Gobbett, D.J.,
& Hutchison, C.S. (Eds.). 1973. Geology of the Malay Peninsular. N. York:
John Wiley & Sons. Hutchison, C.S. 1989. Geological
Evolution of Southeast Asia. London: Pergamon Press. Memoir dan Laporan terbitan Jabatan
Penyiasatan Kajibumi Malaysia. Khoo,T.T. &
Nutalaya, P. (eds) 1983. Proceeding of
the Workshop on Stratigraphic Correlation of Thailand and Malaysia. Kuala
Lumpur : Geological Society of Malaysia. STAG
2812 Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat untuk Geosains Asas komputer dan peralatan dalam komputer.
Asas geostatistik dan geomatematik dalam geologi. Teknik memproses data
hidrogeologi. Teknik memproses imej dan pentafsiran gambar udara dan
penderiaan jauh. Geomatematik dan geologi perlombongan. Instrumentasi dan
pemodenan sekitaran pengenapan dan korelasi stratigrafi. Rujukan Davis, J.C. 1973. Statistics and Data Analysis in Geology. N. York: John Wiley
& Sons. Hanley &
Merriam, D.F. 1986. Microcomputer
Application in Geology. Oxford: Pergamon Press. Merriam, D.F.
1969. Computer Application in the Earth Sciences. New York: Plenum
Press. STAG
2813 Latihan Pemetaan (Prakeperluan STAG 2042) Menjalankan pemetaan selama 2 minggu di
kawasan yang ada batuan igneus, endapan dan metamorf secara beramai-ramai di
bawah bimbingan tenaga pengajar. Untuk setiap jenis batuan di atas, pemetaan
ditekankan kepada kefahaman perkaitan antara taburan litologi dan struktur
tektonik, jenis-jenis litologi, struktur dalaman dan komposisi. Membuat
nota-nota lapangan yang menekankan kepada perkara yang telah disebut,
termasuk yang dilihat di lapangan (mengikut skala) dan yang ditafsirkan
(tidak mengikut skala). Di akhir kerja lapangan pelajar dikehendaki
menyediakan laporan dalam masa dua hari. Rujukan Fry, N., 1985. The Field Description of Metamorphic Rock. Milton Keynes: Open
University Press & N. York: Halsted Press-John Wiley & Sons. Thorpe, R.S.
& Brown, G.C., 1985. The Field
Description of Igneous Rocks. Milton Keynes: Open University Press &
N. York: Halsted Press-John Wiley & Sons. Tucher, M.,
1985. The Field Description of
Sedimentary Rocks. Milton Keynes: Open University Press & N. York:
Halsted Press-John Wiley & Sons. |