Abstrak-abstrak Jurnal Kejuruteraan 9 (1997)

         Jurnal Kejuruteraan 9 (1997) 1-13
         A Study on Erosion of Soft Sediment Deposits

         Zawawi Samba Mohamed, Mahbubur Rahman dan Jamal Mohd Amin

ABSTRAK

Bentuk hakisan pada endapan jeleket halus mesti ditentukan untuk mengagak bentuk pergerakan endapan di muara. Halangan pada hakisan adalah terutamanya bergantung kepada sifat fizikal-kimia endapan dan bendalir di samping ikatan antara partikel yang ditunjukkan oleh kekuatan ricih. Daya ricih yang dihasilkan oleh aliran bendalir dan yang juga meningkat pada kadar yang sama, dikenakan ke atas lapisan lumpur untuk menghasilkan hakisan lapisan demi lapisan lumpur tersebut. Ini untuk menentukan kadar hakisan. Pengurangan kadar hakisan diperhatikan pada setiap langkah. Kelakuan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kekuatan ricih berbanding kedalaman. Kadar hakisan ditemui adalah berkadaran secara eksponen dengan punca kuasa tiga daya ricih lapisan dasar.

ABSTRACT

Erosional pattern of fine cohesive sediment must be defined to predict the transport model in estuarial water Resistance to erosion is largely dependent on physico-chemical properties of sediment and fluid, as well as the interparticle bond which is characterized by shear strength. Successively incremental flow-induced bed shear stress is applied to initiate layer by layer erosion of soft cohesive sediment deposit to determine the rate of erosion. A decrease in erosion rate is observed at the end of each time step. This behavior is due to the increasing shear strength with depth. The rate of erosion was found to vary exponentially with cubic root of excess bed shear stress


         Jurnal Kejuruteraan 9 (1997) 15-33
         Design of Neural Networks for Fault Diagnosis of a Distribution System

         Azah Mohamed dan Mohammad Didarul Alarn Mazumder

ABSTRAK

Penggunaan rangkaian neural teragih hierarki untuk diagnosis kerosakan bagi sistem agihan dicadangkan. Reka bentuk rangkaian neural telah dibangunkan dengan mengambilkira struktur dan fungsi sistem agihan. Tiga modul rangkaian neural teragih hierarki telah dibangunkan untuk diagnosis kerosakan bagi sistem agihan. Rangkaian neural telah direka bentuk secara hierarki sebab paras bawah rangkaian neural menjadi masukan kepada paras atas rangkaian neural. Sistem diagnosis kerosakan yang dicadangkan telah direka bentuk untuk sistem agihan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dalam proses melatih rangkaian neural, data set latihan dijana dengan menggunakan operasian logik bagi geganti dan pemutus litar sepadan dengan tempat berlaku kerosakan untuk kes kerosakan satu dan berbilang. Keputusan simulasi telah menunjukkan bahawa kaedah rangkaian neural yang dicadangkan adalah memberangsangkan.

ABSTRACT

The application of a hierarchical distributed neural network to fault diagnosis of a distribution system is presented. The artificial neural network (ANN) design has been developed by considering the structure and functions of the distribution system. Three hierarchical distributed ANN modules are considered for the fault diagnosis of the distribution system. The proposed diagnosis system has been designed for a practical Tenaga Nasional Berhad (TNB) distribution system. In the ANN training process, the data sets are generated using the logic operation of relays and circuit breakers corresponding to the respective fault location for cases of single and multiple faults. The simulation results show that the proposed method using ANNs is encouraging and that the method can be in an on-line environment.


         Jurnal Kejuruteraan 9 (1997) 35-51
         Lateks sebagai Bahan Tambah kepada Konkrit Asfalt

         Riza Atiq O.K. Rahmat, Amiruddin Ismail dan Yeong Tuck Wai

ABSTRAK

Mencampurkan sedikit lateks ke dalam bitumen untuk pembinaan permukaan jalan raya didapati menambahkan usia dan kekuatan permukaan jalan raya. Campuran lateks sebanyak 6% ke dalam bitumen adalah kandungan optimum untuk menambahkan usia bitumen. Walau bagaimanapun campuran ini didapati sangat likat sehingga mengurangkan kebolehkerjaan. Kajian ini membandingkan sifat-sifat asfalt konkrit yang menggunakan campuran bitumen dengan 6% lateks dari berat bitumen dengan bitumen asli dan bitumen dengan campuran 3% lateks. Kandungan lateks 3% dipilih kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerja Raya menetapkan kandungan lateks 3% untuk turapan konkrit asfalt. Spesimen-spesimen Marshall telah disediakan bagi ketiga-tiga jenis campuran bitumen tersebut dan diuji serta dianalisis. Berdasarkan ujian kestabilan Marshall, kesemua jenis bitumen didapati lulus. Campuran bitumen lateks 3% meningkatkan kestabilan Marshall daripada 7.73 kN kepada 13.30 kN tetapi kandungan bitumen optimum telah bertambah daripada 5.05% kepada 5.14% berbanding dengan bitumen asli. Campuran bitumen lateks 6% pula telah meningkatkan kestabilan Marshall kepada 12.17% dan menurunkan kandungan bitumen optimum kepada 4.95%.

ABSTRACT

Mixing a small quantity of latex into bitumen in the road surface construction was found to increase its age and strengths. It was found by mixing 6% latex into bitumen to be the optimum content to increase its age. However this mixture was too viscous and to the extent of reducing its workability. In this Study, the characteristics of concrete asphalt using 6% latex by weight of the bitumen were compared with the natural bitumen and with the bitumen mixture comprising of 3% latex. The 3% latex was chosen because Kuala Lumpur City Hall and Public Works Department have fixed a 3% latex content in asphalt concrete pavement. Marshall specimens were prepared for the three types of bitumen mixture and were tested and analysed. All these specimens passed the Marshall stability tests. The 3% bitumen latex mixture has increased the Marshall stability from 7.73 kN to 13.30 kN but has increased the optimum bitumen content from 5.05% to 5.14% when compared to the natural bitumen. Nonetheless, the 6% bitumen latex mixture has increased the Marshall stability to 12.17% and has reduced its bitumen optimum content to 4.95%.

         Jurnal Kejuruteraan 9 (1997) 53-62
         Penggunaan Elektrod Filem Nipis Emas dalam Analisis Enzim secara Konduktometri

Engku Norbaya Engku Muda, Burhanuddin Yeop Majlis dan Mohd Aman Abu Bakar

ABSTRAK

Suatu kajian pencirian elektrod filem nipis emas telah dijalankan. Elektrod dihasilkan dengan mengguna teknik percikan arus terus. Analisis dilakukan dengan mengguna kaedah celupan dan telaga plat mikroliter digunakan sebagai sel untuk sistem tersebut. Ujian dilakukan pada suhu bilik di mana suhu sebenar larutan dimasukkan secara manual dan diperbetulkan oleh meter kekonduksian (WTW model 539) pada suhu rujukan 25°C. Elektrod ini mempunyai ciri kebolehulangan yang baik (p < 0.05) dengan masa tindak balas selama satu minit dan masa pemulihan antara satu hingga tiga minit. Penggunaannya sebagai suatu alat analisis ditunjukkan dalam menentukan pemalar Michaelis bagi kajian kinetik enzim. Urease telah dipilih sebagai model enzim dan urea digunakan sebagai substrat. Nilai Km yang diperolehi ialah 3.46 mM dan Vmax ialah 1.930 µScm-1/min.

ABSTRACT

A characterization study of thin film gold electrode was performed. The electrode was fabricated using d. c. sputtering technique and analysis was conducted by dip-in method. A microliter plate well was used as the cell for this system. Test was done at room temperature where the exact temperature was entered manually and corrected by conductivity meter (WTW model 539) at a reference temperature of 25°C. The electrode has a good reproducible characteristic (p < 0.05) with response time of one minute and recovery time of one to three minutes. Its application as an analytical tool was shown in determination of Michaelis constants in enzyme kinetic study. Urease was chosen as a model enzyme and urea was used as a substrate. Km value obtained was 3.46 mM and Vmax was 1.930 µScm-1/min.


         Jurnal Kejuruteraan 9 (1997) 63-73
         A Software Design Tool for Microwave Radio

         Ashraf Gasim Elsid Abdalla, Mahamod Ismail dan Ahmad Faizal WM.  Zain

ABSTRAK

Kertas ini membincangkan pengiraan perambatan gelombang dan pembangunan perisian pengoptimuman kos bagi radio gelombang mikro. Perisian memaparkan suatu alat reka bentuk bagi perancangan pautan garis nampak. Kos utama suatu rangkaian gelombang mikro bergantung kepada struktur menara dan ketinggian antena. Biasanya, ketinggian antena dipilih supaya dapat melepasi halangan zon Fresnel yang pertama. Suatu perisian bagi menganalisis dan menilai pautan geganti gelombang mikro tunggal telah dibangunkan. Di samping itu, kaedah pengoptimuman kos bagi rangkaian radio gelombang mikro yang melibatkan lebih daripada dua antena telah juga dibangunkan. Kertas ini juga mengandungi pengiraan dan analisis data geografi bagi kawasan yang dipilih untuk menentukan jejari bumi berkesan supaya pengoptimuman yang lebih baik dihasilkan. Seterusnya, perjanaan projil rupa bumi dan pengiraan pautan gelombang mikro titik-ke-titik telah dipertimbangkan.

ABSTRACT

This paper deals with wave propagation calculation and cost optimization software development for microwave radio. The software presents a design tool for line of sight link planning. The main cost factor in a microwave network depends on tower structure and antenna heights. Antenna heights are normally chosen to overcome the first Fresnel zone obstruction. A software tool for the analysis and evaluation of a single microwave relay link has been developed. In addition, cost optimization method for a microwave radio network involving more than two antennas has been developed. This paper includes calculations and analysis of the geographical data in the chosen area in order to determine the effective earth's radius to achieve better optimization. In addition, terrain profile generation and microwave point-to-point link calculation was considered


         Jurnal Kejuruteraan 9 (1997) 75 - 83
         Pakej Pembelajaran Sistem Enjin Diesel

         Jaharah A. Ghani dan Ramniza Mat Rani

ABSTRAK

Makalah ini menghuraikan proses mereka bentuk sistem pembelajaran enjin diesel. la merangkumi semua aspek peralatan sehinggalah kepada bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan sistem tersebut. Tujuan pakej ini disediakan adalah untuk memberi kefahaman kepada pengguna mengenai sistem enjin diesel. la juga boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar. Pakej seumpama ini juga boleh disalurkan ke sistem jaring untuk pelajar jarak jauh. Maklumat-maklumat tersebut meliputi semua aspek komponen, sistem dan juga masalah kerosakan yang terlibat dalam pengoperasian enjin diesel. Pakej pembelajaran enjin diesel ini telah disediakan dengan menggunakan bahasa pengaturcara Schooner Versi 2.01.

ABSTRACT

The process of designing a diesel engine learning package is described, covering all the aspects from equipment to the programming language which are used to develop the system. This package is developed to help users understand how the diesel engine system works. Besides it could be used as a teaching aided tool to help the instructor at the higher learning institutions. Such package could also be resided into internet system, which is useful for distance learners. It is an informative package. The information covers all aspects of component, systems and fault-finding related to the diesel engine operations. The package was developed using Schooner Version 2.01.


         Jurnal Kejuruteraan 9 (1997 ) 85-88
         Comparison of Rain Prediction Models to be Used in the Equatorial Region
         
         Mohd Ansor Yusof

ABSTRAK

Hujan menyebabkan pelemahan tenaga isyarat gelombang yang merambat di ruang angkasa. Pelemahan ini ada hubungkaitnya dengan sifat-sifat hujan. Kertas ini melaporkan perbandingan tiga model ramalan taburan longgok kadar hujan 1-min. bagi ramalan di kawasan khatulistiwa. Ketiga-tiga model tersebut adalah model Rice-Dutton (RHDD), model Tattelman-Scharr (TS) dan model Moupfouma.

ABSTRACT

Rain will cause serious attenuation on microwave signals transverse in the atmosphere. Rain attenuation strongly depends on rain attributes. This paper reports the comparison of three models of ]-min. rain rate cumulative distribution for estimating signal attenuation due to rain in the equatorial region. The models are Rice-Dutton (RHDD) model, Tattelman-Scharr (TS) model and Moupfouma model.


© Penerbit UKM