Sistem Pembekalan Penerbitan


Sistem pembekalan penerbitan merupakan satu perkhidmatan yang berasaskan perkongsian maklumat bagi perpustakaan di Malaysia. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan meminjam bahan asal atau memperolehi bahan salinan yang tidak terdapat di Perpustakaan UKM. Pelanggan yang layak mendapat perkhidmatan ini boleh memohon bahan yang diperlukan samada dari dalam atau luar negara.  

 

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui e-Klik (permohonan dalam talian) yang dapat diakses melalui pautan pada GEMILANG, laman web perpustakaan atau menerusi alamat berikut iaitu http://www.eklik.ukm.my/Klik/spp.php. Pemohon hendaklah memilih Borang Permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan (BSPP). Semua maklumat mengenai bahan yang dimohon hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat.   

 

TEMPOH PEMBEKALAN

Bahan dari dalam negara : 1 hingga 3 minggu.
Bahan dari luar negara     : 2 hingga 8 minggu.
Walaubagaimanapun ia bergantung kepada perpustakaan yang membekalkan bahan.

 

TEMPOH PINJAMAN

Bahan dari dalam negara : 15 hari.
Bahan dari luar negara     : 10 hari

MAKLUMAN KEPADA PEMOHON

Sekiranya bahan yang dimohon  telah dibekalkan atau tidak dapat dibekalkan, pemohon akan dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail atau telefon.

 

KADAR BAYARAN

1) Bahan dari Dalam negara
PERCUMA untuk semua permohonan artikel dan buku.

 

2) Bahan dari Luar Negara (British Library)

                                                   Ahli Akademik

JENIS BAHAN

BAYARAN

Artikel

PERCUMA untuk 5 artikel setahun
Artikel yang keenam dan seterusnya – RM10.00 (per artikel)

Buku

RM20.00 (per buku)

                       Pelajar Pra Siswazah Tahun Akhir dan Pasca Siswazah

JENIS BAHAN

BAYARAN

Artikel

PERCUMA untuk 3 artikel setahun
Artikel yang keempat dan seterusnya – RM10.00 (per artikel)

Buku

RM20.00 (per buku)

 
3) Bahan dari Luar Negara selain
British Library
Bayaran mengikut kadar yang dikenakan oleh institusi / perpustakaan yang membekalkan bahan .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Rohana Mahmood
Tel: 603 8921 5388
e-mel: mrohana@ukm.my

Puan Hamudah Hashim
Tel: 603 8921 5817
e-mel: sppukm@ukm.my


Puan Noor haiyati Haji Hashim (permohonan SPP dari institusi luar)
Tel : 603-89215817
e-mel : illukm@ukm.my

 

 

 

 

 

kpustaka@ukm.my webptsl@ukm.my
Perpustakaan Tun Seri Lanang,Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi, Selangor DE,Malaysia
603-89213446 (TEL) 603-89256067 (FAKS)