PERKHIDMATAN MAKLUMAT 
MENERUSI CD-ROM


PERPUSTAKAAN DIGITAL UKM PANGKALAN DATA DALAM TALIAN GEMILANG (OPAC)


PENGENALAN

Perpustakaan UKM telah melanggan pelbagai pangkalan data dalam bentuk cakera padat atau CD-ROM bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak pertengahan tahun 1988 hingga kini, Perpustakaan mempunyai 69 pangkalan data CD-ROM (50 pangkalan data di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan selebihnya di Perpustakaan Undang-Undang) yang meliputi bidang-bidang yang diajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat beberapa pangkalan data yang telah bertukar judul, bertukar ke versi web atau ditamatkan langganannya. Dengan adanya pangkalan data ini adalah diharapkan perkhidmatan pencarian maklumat dapat ditingkatkan dan dimanfaatkan oleh semua pihak di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga pihak-pihak luar.

PANGKALAN DATA (PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG)

ABI INFORM ONDISC/BPO (1971-) (Teks penuh 1988-)

Pangkalan data ini mengindeks lebih kurang 1000 judul jurnal dalam bidang pengurusan dan perniagaan. 45% daripada jurnal-jurnal ini mempunyai teks penuh.  Juga boleh diakses di http://proquest.umi.com/pqdweb.

ACADEMIC PERIODICALS COLLECTIONS (Jan 1990-Jul 2000-). Judul asal ACADEMIC SEARCH ELITE (Jan 84-Apr 01)
Mengandungi abstrak daripada 4,500 jurnal dalam semua bidang: sains sosial, kemanusiaan, pendidikan, kejuruteraan, sains, bahasa dan linguistik, seni dan kesusasteraan serta perubatan.

ANBAR (International Civil Engineering Abstracts) (1972)
Mengandungi abstrak bidang kejuruteraan sivil.

ASFA (Aquatic Science and Fisheries Abstracts) (1988-1996)
Meliputi bidang sains marin dan persekitaran air tawar, perikanan, bioteknologi, akuakultur, teknologi marin dan lain-lain.

ASIAN RESOURCES (ASIA-ROM) (2000-2002)
Mengandungi maklumat penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan di kawasan Asia Pasifik.

BIOLOGICAL ABSTRACTS (1991-)
Mengandungi maklumat bibliografi dan abstrak berkaitan sains hayat.

BIOTECHNOLOGY ABSTRACTS (Jul 1982-)
Meliputi semua aspek bioteknologi, kegunaan mikroorganisma dan kultur sel.

BUSINESS PERIODICALS COLLECTIONS (Jan 90-) Judul asal BUSINESS SOURCE ELITE (Sept.95-Jun 97)
Mengandungi indeks dan abstrak daripada 3,750 journal dalam bidang perniagaan, pengurusan, ekonomi, kewangan, perakaunan dan perniagaan antarabangsa.

CA ON CD (1996-2000)
Meliputi maklumat saintifik dan teknikal dalam bidang kimia.  Versi web berjudul SciFinder Scolar (2002-) merangkumi: kimia [Chemical Abstracts v.1 (1954-)], sains pertanian, biologi, sains hayat, kejuruteraan, sains pemakanan, geologi, sains bahan, perubatan, fizik dan sains polimer dapat diakses di Makmal CD-ROM, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan.

CONSAL I-X
Mengandungi maklumat persidangan perpustakaan dan pustakawan Asia Tenggara.

CURRENT CONTENTS (Jul. 2000-Ogos 2002)
ISI Current Contents mengandungi maklumat bibliografi terkini dalam pelbagai bidang merangkumi 8000 jurnal dan 2000 buku.  Perpustakaan melanggan 4 judul iaitu:  Agriculture, Biology & Environmental Sciences, Life Sciences, Physical, Chemical & Earth Science dan Social & Behavioral Sciences.  Pengguna juga boleh akses di http://scientific.thomson.com.

DAO (1961-)
Ia mengandungi maklumat bibliografi dan abstrak untuk tesis sarjana dan doktor falsafah dalam semua disiplin.  Akses di
http://wwwlib.umi.com/dissertations.

DICTIONARY OF NATURAL PRODUCTS (Versi Feb 2001-Feb 2002)
Mengandungi istilah-istilah produk semulajadi.

EARTH SCIENCE (1975-1995)
Mengandungi bibliografi dan abstrak dalam bidang geologi dan sains bumi.

ECONLIT (1969-2005)
Mengindeks lebih daripada 300 judul jurnal dalam bidang ekonomi juga meliputi buku dan disertasi yang berkaitan dengan ekonomi.

EIU COUNTRY REPORTS (1993-2004)
Mengandungi laporan dan profil kepada 180 buah negara; berita-berita Country Monitor, Business Asia, Business Eropah Timur and Business Amerika Latin.  Versi web boleh diakses di http://eiu.com/.

EMERALD (2001-September 2002)
Mengandungi jurnal: pengurusan, perpustakaan dan perkhidmatan maklumat, kejuruteraan, sains dan teknologi.  Juga boleh diakses di http://www.emeraldinsight.com/Insight/.

ERIC (1996-JUN 2002)
Meliputi semua aspek pendidikan dan mengandungi 2 fail iaitu: a) Resources in Education; b) Current index to journals in Education.  Juga boleh diakses di http://proquest.umi.com/pqdweb.

EUROMONITOR (2000-)
Mengandungi maklumat ramalan pemasaran dunia.

FSTA (1969-2000)
Merangkumi semua aspek sains makanan dan teknologi makanan seperti mikrobiologi, bioteknologi, fermentasi, teknologi DNA, sistem enzim dan biologi molekul. Versi web di http://web5s.silverplatter.com/webspirs/start.ws?customer=c148605

GEOREF (1785-2005)
Pangkalan data ini mengandungi bibliografi dan abstrak dalam bidang geologi.
IEEE (1998-1995)
Mengandungi maklumat teks penuh dalam bidang kejuruteraan.  Juga boleh diakses di http://ieeexplore.org/Xplore/dynhome.jsp

INDEKS MAJALAH MALAYSIA (1957-1997)
Mengandungi indeks majalah-majalah Malaysia.

INDEKS PERIODICALS & BOOKS (WILSON)
Terdapat di Bahagian Terbitan Bersiri dan Jilidan.

INDEKS SURATKHABAR MALAYSIA (1988-1991)
Mengandungi indeks akhbar-akhbar Malaysia.

INSPEC (1960-1999)
Meliputi bidang kejuruteraan, komputer, fizik dan lain lain. Sebahagian dari jurnal, standard dan persidangan mempunyai teks penuh.

INTERNATIONAL FINANCIAL STATISTICS (JUL 2001- )
Mengandungi: statistik kewangan, harga-harga komoditi dan konsep-konsep ekonomi negara-negara di seluruh dunia.

LIBRARY LITERATURE (1984-1998)
Mengindeks tesis, buku, artikel dan kertaskerja yang berkaitan dengan sains perpustakaan dan maklumat.

LISA PLUS (1994-2000)
Mengandungi maklumat bibliografi dan abstrak dari: a) Library & Information Sains Abstracts 1969- ; b) Current Research in Library & Information Science 1981Langganan tamat tahun 2000.

MALAYSIAN CONFERENCE INDEX (1988-1994)
Mengandungi indeks persidangan Malaysia.

MATHSCI (1998-2001/12)
Pangkalan data dalam bidang matematik, sains komputer, statistik, fizik, kejuruteraan dan lain-lain yang ada kaitan dengan matematik.  Versi web di http://web5s.silverplatter.com/webspirs/ start.ws?customer=c148605.

MEDLINE (1970-1994)
Pangkalan data bibliografi dari National Library of Medicine.

METEREOLOGICAL & GEOASTROPHYSICAL ABSTRACTS (Jul 74-Dis 98)
Mengandungi abstrak meteorologi, astrofizik, oceanografi fizik, hidrologi, sains sekitaran dan glasiologi.

MLA (1963-2005)
Mengandungi maklumat bibliografi tentang bahasa, kesusasteraan, linguistik dan cerita rakyat.

NTIS (1983-1997)
Memberi maklumat bibliografi dan ringkasan laporan saintifik dan teknikal dalam bidang kejuruteraan.

PETERSON’S GRADLINE (1984-1998)
Menyediakan profil bagi 28,000 program pengajian prasiswazah dan profesional yang ditawarkan di 14,000 kolej dan universiti di Amerika Syarikat dan Kanada.

POPLINE (1968-2000/6)
Pangkalan data yang lengkap untuk kependudukan, perancang keluarga dan isu-isu kesihatan.

PSYCINFO. Judul asal PSYCLIT (1974-Sept 2004)
Meliputi maklumat bibliografi dan abstrak tentang psikologi dan disiplin-disiplin yang berkaitan.  Merangkumi 1800 judul jurnal dan kini boleh diakses di http://search.epnet.com.

SCI (1969-2004). Abstrak mulai Jan 2002
Merangkumi sains hayat, perubatan, sains fizik, kimia, sains gunaan, teknologi, sains sekitaran, kejuruteraan dan pertanian.

SINGAPORE NATIONAL BIBLIOGRAPHY (1967-)
Menyenaraikan koleksi National Library of Singapore dalam semua bentuk bahan yang diterbitkan sejak tahun 1967 hingga kini.

SINGAPORE PERIODICALS INDEX (1981-)
Mengandungi indeks artikel jurnal-jurnal yang diterbitkan di Singapore.

SOCIOFILE (1974-April 1998)
Merangkumi sosiologi, antropologi, ekonomi, pendidikan, falsafah, demografi, sains politik, psikologi dan pembangunan komuniti.

SOCIOLOGICAL ABSTRACTS (1986-Sept 2004)
Perkara-perkara yang diliputi termasuk sosiologi, antropologi, ekonomi, pendidikan, falsafah, demografi, sains politik, psikologi dan pembangunan komuniti.

SSCI (1969-Julai 2004)
Pangkalan data dalam bidang sains sosial.

SSI (SOSIAL SCIENCES INDEX/FULL TEXT) (Jan 1989-Dis 1996)
Mengandungi indeks dan teks penuh artikel jurnal sains sosial.

TROPAG & RURAL (1975-2005)
Pangkalan data dalam bidang pertanian dan pembangunan luar bandar di kawasan tropika.

ULRICH’S
Terdapat di Bahagian Terbitan Bersiri dan Jilidan.

WATER RESOURCES ABSTRACTS (1967-2004)
Meliputi semua aspek air, pengurusan, kawalan, penyelidikan, kegunaan dan sebagainya.

WILSON EDUCATION FULLTEXT (2002-2004)
Ia merangkumi lebih daripada 478 jurnal berkala yang diterbitkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.  Akses di http://vnweb.hwwilsonweb.com/hww/jumpstart.jhtml.

WORLD MAGAZINE BANK (Jan 1984-1999)
Meliputi semua bidang sains dan bukan sains.

CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan ini ditempatkan di Aras 4, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh diperolehi dari:

Pn. Lela Ruzma Mohd. Shaari
Ketua

Tel: 03-89215126
Emel: lela@pkrisc.cc.ukm.my

En. Shamsudin Ibrahim
Tel: 03-89213241
Emel: sham_ib@pkrisc.cc.ukm.my

Cik Rohalia Mohd Rohani
Tel: 03-89215846
Emel: rohalia@pkrisc.cc.ukm.my

Alamat Pejabat

Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan
Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor D.E.
Tel: 03-89215848

Kemaskini: 7 April 2006