Koleksi Jurnal terletak di Aras 3, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Ia mengandungi lebih daripada 4,000 judul jurnal terbitan kini dan kebelakangan dalam pelbagai subjek seperti agama, ekonomi, sains sosial, sains dan teknologi. Koleksi Jurnal dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan (BPJJ). Penggunaan jurnal-jurnal hanya untuk tujuan rujukan sahaja. Perkhidmatan salinan foto layan diri juga disediakan untuk kemudahan para pelanggan dan tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.
Koleksi Jurnal terbahagi kepada enam (6) unit perkhidmatan, iaitu:
Perkhidmatan Jurnal Popular |
- |
Mengandungi jurnal-jurnal penting untuk tujuan rujukan dan mempunyai kadar frekuensi rujukan yang tinggi oleh para pelanggan perpustakaan. Jurnal-jurnal ini hanya boleh digunakan untuk tujuan rujukan di ruang Jurnal Popular sahaja. |
|
|
|
PerkhidmatanJurnal Kini |
- |
Mengandungi jurnal-jurnal terbitan tahun semasa yang belum dijilid. Jurnal-jurnal ini hanya boleh digunakan untuk tujuan rujukan di ruang Jurnal Kini sahaja. |
|
|
|
Perkhidmatan Jurnal Kebelakangan |
- |
Mengandungi jurnal-jurnal keluaran terdahulu yang telah dijilid. |
|
|
|
Perkhidmatan
Jurnal
Mikrofis/ Mikrofilem |
- |
Mengandungi jurnal-jurnal kebelakangan dalam bentuk mikrofis/ mikrofilem. Para pelanggan perlu mendapatkan kebenaran daripada kakitangan BPJJ untuk menggunakannya. |
|
|
|
Perkhidmatan Jurnal Simpan |
- |
Mengandungi jurnal-jurnal yang mempunyai bilangan volume kurang daripada lima (5) dan juga telah ditamatkan langganan atau penerbitan. Para pelanggan perlu mendapatkan kebenaran daripada kakitangan BPJJ untuk menggunakannya. |
|
|
|
Perkhidmatan Akhbar Harian |
- |
Menyediakan akhbar harian tempatan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Judul-judul akhbar harian tempatan yang dilanggan oleh Perpustakaan adalah seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Harian Metro, Kosmo, New Straits Times, The Star, The Sun, Malay Mail, Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan dan Tamil Nanban. Akhbar-akhbar keluaran kebelakangan dalam bentuk mikro ditempatkan di Aras 2. |
[Senarai Induk Jurnal | Rangkaian Jurnal]
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
03-89215842 (Pejabat Am, Bahagian Pengurusan Jurnal dan Jilidan)
|