Laporan Penyelidikan UKM

 

Koleksi Laporan Penyelidikan diuruskan dan ditempatkan di Bahagian Koleksi Arkib, Galeri dan Khas.

 

Bahan yang terdapat didalam Koleksi Laporan Penyelidikan ini diperolehi dari Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), UKM. Selain daripada itu, ahli akademik juga boleh menyerahkan sendiri Laporan Penyelidikan mereka kepada perpustakaan dengan menghubungi kakitangan Bahagian Koleksi Arkib, Galeri dan Khas melalui talian 03-8921 5046 (Pejabat Am) atau 03-8921 5854 (Pustakawan). Koleksi Laporan Penyelidikan ini amat bernilai serta penting sebagai bahan rujukan ilmiah, selain menggambarkan perkembangan khazanah intelektual para ahli akademik UKM.

 

 

Kaedah Pencarian Bahan

 

Para pelanggan perlu membuat pengesanan bahan melalui OPAC GEMILANG atau Koleksi Digital UKM. Setelah memperolehi maklumat bibliografi seperti nama pengarang dan judul bahan, pelanggan boleh mengajukan maklumat tersebut kepada kakitangan di kaunter Bahagian Koleksi Arkib, Galeri dan Khas.

 

Peraturan Pinjaman

 

Para pelanggan tidak dibenarkan meminjam secara bermalam bahan dari koleksi ini, rujukan keatas bahan hanya dibenarkan di bahagian Koleksi Arkib, Galeri dan Khas. Para pelanggan perlu mendapatkan keizinan daripada kakitangan bertugas, sekiranya mahu membuat salinan fotokopi keatas bahan berkaitan.

Senarai Laporan Penyelidikan

1. 2000
2. 2001
3. 2002
4. 2003
5. 2004
6. 2005
7. 2006(I), 2006 (II)
8. 2007
9. 2008

 

kpustaka@ukm.my webptsl@ukm.my
Perpustakaan Tun Seri Lanang,Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi, Selangor DE,Malaysia
603-89213446 (TEL) 603-89256067 (FAKS)