PENGENALAN


Sejarah penubuhan Perpustakaan Undang-Undang bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini cawangan ini telah memperoleh bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai Perpustakaan Cabang pada bulan Jun 1996.

Penubuhan Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk menampung keperluan pelajar dan pensyarah Fakulti Undang-Undang di samping memberi perkhidmatan kepada pengguna yang memerlukan bahan undang-undang.

Pada dasarnya Perpustakaan Undang-Undang memiliki koleksi yang terdiri dari statut, laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang. Selain dari itu, Perpustakaan Undang-Undang juga memiliki Koleksi Hooker, latihan ilmiah oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang dan Koleksi Pandang Dengar.

Selari dengan perkembangan teknologi, Perpustakaan Undang-Undang menyediakan beberapa pangkalan data seperti indeks kepada kes-kes mahkamah, indeks kepada artikel dan indeks perundangan Malaysia. Terdapat juga perkhidmatan pangkalan data dalam talian iaitu Lexis/Nexis dan beberapa pangkalan data dalam bentuk CD-ROM.

 

Pengenalan
Perkhidmatan
Elektronik
OPAC (GEMILANG)
Koleksi
Rangkaian
Terkini