|
| SELAMAT DATANG |
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Jabatan Pendaftar UKM. Jabatan Pendaftar diwujudkan sejak UKM ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia, akademik pelajar, kemudahan am dan keselamatan Universiti. |
 |
| BERITA SEMASA |
AUDIT DALAMAN JABATAN PENDAFTAR TAHUN 2010
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan menghadapi Audit Dalaman pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh : 23, 24, 25 dan 26 Ogos, 1, 2 dan 3 September 2010
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pentadbiran Am, Bahagian Keselamatan dan Bahagian Pengurusan Kampus KL
Semua warga Jabatan Pendaftar adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh audit dijalankan. |
AUDIT INSTITUSI MQA 2010
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan menghadapi Audit Institusi MQA 2010, pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 22 Mac 2010 hingga 26 Mac 2010
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Senat
Semua warga Jabatan Pendaftar adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh audit dijalankan. |
PERLANJUTAN TEMPOH KEMASUKAN PENCAPAIAN SKT
Dimaklumkan bahawa Tempoh Kemasukan Pencapaian SKT dilanjutkan sehingga 5 Februari 2010 (Jumaat). Sila <klik> untuk muat turun Manual Kemasukan. Warga UKM diminta mengambil tindakan segera dan jangan tunggu di saat akhir. |
AUDIT DALAM INSTITUSI MQA
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan menghadapi Audit Dalaman Institusi MQA 2010 pada 8 Februari 2010 (Isnin) pada pukul 9.00 pagi. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan proses audit ini sangat dihargai. |
PERUBAHAN PERKHIDMATAN LETAK DAN NAIK (PARK & RIDE)
Dimaklumkan pihak Universiti telah melaksanakan perkhidmatan Letak dan Naik (PLdN) di lingkungan pertama kampus Bangi mulai pada 1 Julai, 2009. Perkhidmatan ini bertujuan memberi kemudahan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi. Memandangkan kadar penggunaan PLdN adalah pada tahap rendah dan sebagai langkah penjimatan pihak Universiti telah bersetuju untuk membuat perubahan dari segi masa perjalanan dan jenis kenderaan yang digunakan seperti berikut.
I) MASA PERJALANAN
Perkhidmatan yang disediakan adalah secara berjadual iaitu pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) mulai jam 7.20 pagi hingga 6.00 petang dengan kekerapan 20 minit dan jadual perjalanan seperti Lampiran
II) JENIS KENDERAAN
Kenderaan yang digunakan adalah van 12 penumpang.
Keutamaan perkhidmatan adalah diberikan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat yang meletak kenderaan di stesen PLdN untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi. Perubahan perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Februari, 2010.
|
AUDIT PENGAWASAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2008 JABATAN PENDAFTAR
Dimaklumkan bahawa Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 Jabatan Pendaftar UKM akan diadakan pada 9 - 10 Disember 2009. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan proses audit ini sangat dihargai.
|
HARI BERTEMU PELANGGAN
Dimaklumkan, Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar, UKM akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:
Kampus Kuala Lumpur
Tarikh: 17 November 2009 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat:Dataran TIBE
Kampus Bangi
Tarikh: 18 November 2009 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dataran Canselori
Semua dijemput hadir. |
 |
 |
|