UKM l E-WARGA l E-PELAJAR English
KAKITANGAN MITHALI
BULAN DISEMBER 2009

En. Adnan Abdul
K004599

TAHNIAH
Laman Utama
Profil Korporat
Organisasi
Bahagian Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan Akademik
Bahagian Pentadbiran Am
Bahagian Pengurusan Kampus KKL
Bahagian Keselamatan
Borang
PTK
Kursus
Cuti Belajar
Pekeliling
Direktori BSM
Borang Soal Selidik Jabatan Pendaftar
  PAUTAN PANTAS
 
   
   
Borang-Borang
Senarai borang-borang di unit perjawatan, unit perkhidmatan, unit latihan, unit hal-ehwal perundangan, unit persaraan, bahagian pentadbiran am.
   
Perlantikan/Kenaikan/Pertukaran
Berita perlantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran kakitangan sokongan dan akademik dari masa ke semasa.
   
E-IKLAN
Peluang Pekerjaan yang ditawarkan di UKM.
Peluang pekerjaan di UKM pada masa ini.
   
 
 
ANDA PELAWAT KE- free hit counters
SELAMAT DATANG
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Jabatan Pendaftar UKM. Jabatan Pendaftar diwujudkan sejak UKM ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia, akademik pelajar, kemudahan am dan keselamatan Universiti.
BERITA SEMASA

AUDIT INSTITUSI MQA 2010

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan menghadapi Audit Institusi MQA 2010, pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 22 Mac 2010 hingga 26 Mac 2010
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Senat

Semua warga Jabatan Pendaftar adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh audit dijalankan.

PERLANJUTAN TEMPOH KEMASUKAN PENCAPAIAN SKT

Dimaklumkan bahawa Tempoh Kemasukan Pencapaian SKT dilanjutkan sehingga 5 Februari 2010 (Jumaat). Sila <klik> untuk muat turun Manual Kemasukan. Warga UKM diminta mengambil tindakan segera dan jangan tunggu di saat akhir.

AUDIT DALAM INSTITUSI MQA

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan menghadapi Audit Dalaman Institusi MQA 2010 pada 8 Februari 2010 (Isnin) pada pukul 9.00 pagi. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan proses audit ini sangat dihargai.

PERUBAHAN PERKHIDMATAN LETAK DAN NAIK (PARK & RIDE)

Dimaklumkan pihak Universiti telah melaksanakan perkhidmatan Letak dan Naik (PLdN) di lingkungan pertama kampus Bangi mulai pada 1 Julai, 2009.   Perkhidmatan ini bertujuan memberi kemudahan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi.  Memandangkan kadar penggunaan PLdN adalah pada tahap rendah dan sebagai langkah penjimatan pihak Universiti telah bersetuju untuk membuat perubahan dari segi masa perjalanan dan jenis kenderaan yang digunakan seperti berikut.

I) MASA PERJALANAN

Perkhidmatan yang disediakan adalah secara berjadual iaitu pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) mulai jam 7.20 pagi hingga 6.00 petang dengan kekerapan 20 minit dan jadual perjalanan seperti Lampiran

II) JENIS KENDERAAN

Kenderaan yang digunakan adalah van 12 penumpang.         

Keutamaan perkhidmatan adalah diberikan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat yang meletak kenderaan di stesen PLdN untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi.   Perubahan perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Februari, 2010.


AUDIT PENGAWASAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2008 JABATAN PENDAFTAR

Dimaklumkan bahawa Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 Jabatan Pendaftar UKM akan diadakan pada 9 - 10 Disember 2009. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan proses audit ini sangat dihargai.

HARI BERTEMU PELANGGAN

Dimaklumkan, Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar, UKM akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Kampus Kuala Lumpur

Tarikh: 17 November 2009 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat:Dataran TIBE

Kampus Bangi

Tarikh: 18 November 2009 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dataran Canselori

Semua dijemput hadir.

Hakcipta terpelihara © 2008 Jabatan Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia. Tel +603 8921 3360 Fak: +603 8925 2882
Webmaster Pendaftar l Paparan Resolusi 800 x 600 , dengan menggunakan INTERNET EXPLORER. Penafian
Kemaskini: 18 Mac 2010