| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Umum| Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
    .. Konfrontasi Malaysia-Indonesia.  ISBN 967-942-453-7.  254 hlm.  RM30.00.  Nik Anuar Nik Mahmud

    Konfrontasi Malaysia - Indonesia terjadi ekoran daripada persetujuan Tunku dengan MacMillan untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.  Indonesia menganggap penubuhan Malaysia sebagai helah kuasa barat untuk memencil, mengepung dan memecah Indonesia.  Justeru, Penubuhan Malaysia dibantah dan konfrontasi dilancarkan.  Turut menentang penubuhan Malaysia ialah Filipina, rakan sekutu dalam ASA.  Namun begitu, kebijaksanaan barisan pimpinan negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah berjaya menyelamatkan negara daripada bencana perang dengan bangsa serumpun.  Hasil rundingan cemerlang antara Tun Abdul Razak dan Tan Sri Ghazalie Shafie dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia dan Jeneral Ali Moertopo di Bangkok dan Jakarta, konfrontasi Malaysia-Indonesia telah tamat. 

    NIK ANUAR NIK MAHMUD  Ph. D, adalah seorang profesor Madya di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.  Antara karya ilmiah beliau dengan Penerbit UKM ialah Sejarah Perjuangan Melayu Patani (1999).