PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH

UKM menawarkan program akademik dan profesional yang kukuh kelolaan Pusat Pengurusan Siswazah direncanakan untuk kecemerlangan kerjaya anda. Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah (Doktor Falsafah dan Sarjana) sama ada secara Sepenuh Masa atau Separuh Masa pada Semester I dan Semester II setiap tahun. Tarikh permohonan akan diiklankan dari semasa ke semasa.

 
Permohonan boleh dibuat dengan cara:
  • Membeli Borang (RM 5) dan Buku Prospektus (RM 15) di kuanter Pusat Pengurusan Siswazah. atau Borang permohonan boleh diperolehi dengan menghantarkan sampul surat bersaiz A4, beralamat sendiri dengan bersetem RM3.50 dan Wang Pos/Kiriman Wang sebanyak RM20.00  atas nama Bendahari UKM. Sila hantarkan ke; Pengarah, Pusat Pengurusan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. atau
  • Memuat turun borang, atau
  • mengisi borang secara dalam talian di alamat www.ukm.my/application/pps
 
Setiap permohonan mestilah menyertakan yuran proses permohonan sebanyak RM20.00 bagi warganegara Malaysia atau RM100.00 bagi pemohon bukan warganegara Malaysia. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang Pos/Bank Draf dan dibayar atas nama "BENDAHARI UKM". Wang tunai (penghantaran secara pos) dan cek persendirian tidak akan diterima. Permohonan yang tidak menyertakan yuran proses ini tidak dipertimbangkan. Bayaran ini tidak akan dikembalikan sama ada permohonan tuan/puan berjaya ataupun tidak.
 
 
Permohonan daripada kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun atau swasta yang mengikuti program secara sepenuh masa hendaklah menyertakan dua salinan surat tawaran biasiswa/pinjaman daripada penaja yang akan membiayai pengajian tuan/puan. Permohonan mengikuti program kerja kursus dan tesis atau kerja kursus secara separuh masa hendaklah mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan/Majikan yang membenarkan tuan/puan mengikuti kuliah pada satu hari bekerja setiap minggu di sepanjang tempoh pengajian. Permohonan yang tidak menyertakan surat kelulusan cuti belajar dan biasiswa atau kebenaran mengikuti kuliah (sehari dalam waktu bekerja) bagi pemohon yang memilih program secara kerja kursus dan separuh masa, tidak akan diberi pertimbangan.
Permohonan yang membiayai sendiri pengajian mereka dikehendaki mengemukakan perakuan dua orang penjamin dengan mengisi borang Penjamin Kewangan PPS/A/2/AK09(01)/03/04.
 
Borang penyokong PPS/A/2/AK09(01)/02/04 (4 salinan) hendaklah diisi oleh dua (2) orang penyokong (seperti yang telah disenaraikan dalam borang permohonan perkara J).
 
Sebelum permohonan dihantar, sila susun salinan dokumen-dokumen berikut:

a) ijazah, diploma dan/atau sijil;

b) transkrip;

c) surat tawaran biasiswa/pinjaman dan cuti belajar atau surat penjamin kewangan (jika biaya sendiri);

d) surat kebenaran daripada majikan untuk menghadiri kuliah setiap hari dalam waktu bekerja bagi permohonan yang memilih pengajian secara kerja kursus dan pendaftaran secara separuh masa sahaja).

 

Senarai semakan di atas adalah seperti dalam borang permohonan Senarai Semakan (PPS 001/04).
 
Sampul surat permohonan hendaklah ditulis "Nama Program dan Fakulti yang dipohon" contoh: Sarjana Sains, Fakuiti Sains dan Teknologi Maklumat atau Doktor Falsafah, Fakulti Kejuruteraan di bahagian atas penjuru sebelah kiri. Pemohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada;
 
PENGARAH
Pusat Pengurusan Siswazah
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA