Fungsi
· Memperkembangkan
dan memperkukuhkan program pengajian
siswazah.
· Mempertingkatkan
kecekapan tenaga pengajar siswazah ke tahap
kecemerlangan ilmu yang tertinggi melalui
penyeliaan serta menggalakkan sumbangan
kepada pengetahuan dan budaya melalui
penyelidikan persendirian, pengajian
lanjutan dan penulisan.
· Mengurus
pentadbiran program-program siswazah,
menyediakan panduan, polisi dan membuat
penilaian kurikulum siswazah dan keperluan
penyelidikan untuk ijazah atau diploma.
· Membantu
fakulti, institusi dan pusat universiti
untuk merancang program pentadbiran
program-program siswazah, menyediakan
panduan, polisi dan membuat penilaian
kurikulum siswazah dan keperluan
penyelidikan untuk ijazah atau diploma.
· Mengadakan
kerjasama dan penyelarasan dengan
institusi-institusi lain untuk mengendalikan
program pengajian siswazah dalam usaha
menyumbang kepada pelaksanaan program
siswazah yang lebih berkesan.
· Mengadakan
atau membantu mendapatkan sebanyak mungkin
bantuan kewangan untuk pelajar-pelajar
siswazah melalui zamalah, bantuan siswazah
dan bantuan penyelidikan