Pengenalan

Hasil perkembangan pengajian siswazah tersebut. UKM telah mengeluarkan graduan siswazah pertamanya dengan penganugerahan ijazah Sarjana Persuratan dalam tahun 1973. Sejak tarikh tersebut permintaan untuk mengikuti pengajian siswazah telah meningkat dari setahun ke setahun di dalam pelbagai bidang pengajian seperti ekonomi, pengajian islam, pendidikan, sains, perubatan, pengurusan perniagaan, kejuruteraan, sains sosial & kemanusiaan, bahasa, kesusasteraaan, kebudayaan dan lain-lain. Sesuai dengan perkembangan pengajian siswazah pada bulan Julai 1983, UKM telah menubuhkan Pusat Pengajian Siswazah yang antara lain berfungsi untuk menyelaras, memperkembang, serta meningkatkan program pengajian siswazah universiti. Polisi dan peraturan program pengajian siswazah diluluskan oleh Senat Universiti, dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah mentadbir serta menyelaraskan kesemua program pengajian siswazah Universiti. Pada dasarnya, Pusat Pengajian Siswazah mempunyai falsafah dan matlamat untuk menyediakan pendidikan siswazah kepada pelajar-pelajar yang menuju ke arah pembentukan sarjana yang berilmu dan pakar dalam bidang pengajian masing-masing dalam tradisi intelektual yang terbaik.

<< Kembali