Syarat kemasukan

Program Sarjana:
    • Ijazah Sarjanamuda dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
    • Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Senat; atau
    • Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan dengan bidang yang dipohon; atau
    • Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman-pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
Program Doktor Falsafah:
    • Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
    • Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
    • Sedang mengikuti program Sarjana secara sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti berkenaan untuk menukar status kepada Program Doktor Falsafah dengan kelulusan Dekan Pusat Pengajian Siswazah.
    • Ijazah Sarjanamuda dengan memperolehi Purata Nilai Gred (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.
    • Calon-calon yang diterima masuk boleh disyaratkan mengikuti program Sarjana Falsafah sebelum diterima mengikuti program ijazah Doktor Falsafah tertakluk kepada kemajuan pengajian yang memuaskan.
* Calon-calon dari jabatan Kerajaan atau swasta hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada Ketua jabatan/majikan semasa menghantar borang permohonan.
KEPERLUAN TOEFL/IELTS
    • Calon dari luar negara yang bercadang untuk mengikuti program pengajian siswazah sama ada dalam bentuk kerja kursus atau tesis dalam pengajian yang berkenaan mestilah lulus TOEFL (minimum 550) atau IELTS (minimum band 5) atau lulus modul kecekapan Bahasa Inggeris (minimum band 4) di UKM.