| Hadapan | Objektif | Aktiviti | Direktori Staf | Berita | Penerbitan Muat Turun | Galeri Gambar |                                             [ English ]


Pengenalan

Pusat Komunikasi Korporat (PPAK) adalah sebuah entiti yang diwujudkan pada 11 Februari 2010 hasil pengstrukturan semula Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat (PPAK) dan kemasukan Unit Kandungan Web Universiti (UnikWeb).

Mulai  25 Februari 2008, Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat telah distruktur semula sebagai Pejabat Komunikasi Korporat dan Informasi di bawah Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat.

Fokus utama Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat adalah menguruskan hal-ehwal hubungan masyarakat dan urusan korporat kegiatan universiti yang memberi faedah kepada UKM, sektor awam dan korporat, masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Pusat komunikasi korporat UKM memainkan peranan penting dan sentiasa mengikut keperluan serta perubahan masa bagi menyahut segala cabaran yang dihadapi oleh Pusat Pengajian Tinggi. Pusat Komunikasi Korporat juga adalah pejabat yang sentiasa peka dalam menjalankan usaha perhubungan awam secara terancang dan sistematik.  Usaha yang dijalankan adalah untuk menyemarakkan keyakinan dalam UKM serta meningkatkan imej UKM diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sejarah Pejabat Perhubungan Awam UKM:
18 Mei 1970 :   Pejabat Perhubungan Awam
1 Januari 2002 : Bahagian Perhubungan Awam, Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa (PUSPA).
1 April 2007 :   Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat (PPAK) diletakan di bawah Canselori hasil penstrukturan PUSPA.
25 Februari 2008 :  Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat (PPAK) diletakan di bawah Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat(PPKK).
11 Februari 2010 : Penubuhan Pusat Komunikasi Korporat (PKK).

 


 

Pusat Komunikasi Korporat
, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 89215085 / 3370 / 5333, Faks: +603 89214097 Mel-e: pkk@ukm.my

Paparan Terbaik 800 X 600 pixels
Kemaskini Terakhir : 19 Ogos 2010