Anjuran bersama


![]()

Tarikh : 25 - 26 JULAI 2008
Tempat : Hotel Holiday Inn, Kuching, Sarawak
SEKRETARIAT
- untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi :
Dr . Ab. Halim Tamuri
No. Telefon : 0192305115 - Dr . Zamri Mahamod
No. Telefon : 0193952626 - Harun Baharudin
No. Telefon : 0123782207
- Sekretariat Wacana Pendidikan Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi,
Selangor Darul Ehsan
No. Fax : 03- 8925 4372
SELAMAT DATANG
PENDAHULUAN
Wacana ini merupakan Siri ke-6 daripada 12 siri Wacana Pendidikan Islam yang dirancang oleh Fakulti Pendidikan UKM. Wacana 1 yang bertemakan “Kurikulum Pendidikan Islam Menghadapi Arus Era Globalisasi” dan Wacana 2 yang bertemakan “Pembudayaan Penyelidikan dalam Pendidikan Islam” telah berjaya dijalankan pada 23 Jun 2002 dan 21 Januari 2003. Wacana Siri 3 telah diadakan pada 16 Oktober 2003 yang bertemakan “Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi”. Wacana Siri Ke-4 ini juga diadakan sebagai salah satu acara sempena Sambutan 35 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2005. wacana 5 pula telah diadakan di Pulau Pinang pada 5-6 Ogos 2006 yang bertemakan ” Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Pembangunan Ummah”.
TUJUAN
Tujuan wacana Pendidikan Islam ini adalah seperti berikut :
i. Membincangkan peranan Pendidikan Islam dan bahasa Arab dalam pembangunan modal insan
ii. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan bahasa Arab dalam pembangunan modal insan
iii. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan bahasa Arab sebagai teras dalam pembangunan modal insan di semua peringkat institusi-institusi pendidikan
iv. Menyebarkan dapatan-dapatan kajian yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan bahasa Arab
v. Mengemukakan idea dan pandangan bagi meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab.
TEMA DAN SUB-TEMA
Tema: "Pendidikan Islam Teras Pembangunan Modal Insan "
Sub-sub-tema kertas wacana adalah seperti berikut:
1.
Falsafah Pendidikan Islam dan pembangunan modal insan
2.
Pembangunan modal insan merentas ilmu
3.
Isu dan cabaran dalam pembangunan modal insan
4.
Konsep pembangunan modal insan
5.
P & P, gaya dan strategi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab terkini
6.
Pendidikan dan profesionalisme guru Pendidikan Islam dan guru bahasa Arab dalam aspek pembangunan modal insan
7.
Penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab
8.
Kepelbagaian pelajar dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab
9.
Bahasa Arab dan hubunganya penguasaan ilmu-ilmu Islam