|
Alhamdulillah...
Bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia &
nikmatNya, hari ini kita masih berkesempatan dalam meneruskan perjuangan
kita untuk menuju satu kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat
kelak.
Terima
kasih kami ucapkan kepada anda semua, kerana sudi melapangkan masa
untuk mengunjungi laman web undangan majlis kesyukuran perkahwinan
kami ini. Justeru itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengundang anda semua ke majlis yang penuh bermakna buat kami. Sudi-sudikanlah
untuk kita semua meraikannya.
Laman
web ini dibangunkan selaras dengan teknolgi semasa dalam mencapai
matlamat di mana kami ingin berkongsi kegembiraan bersama disamping
dapat kita mengeratkan lagi silaturahim antara kita agar ia tetap
utuh hingga ke akhir hayat.
Bersama
kad undangan yang diutuskan adalah kiranya terdapat serba sedikit
kelemahan dan kekurangan maklumat yang ingin disampaikan. Bertitik
tolak dari inilah, kami berusaha membangunkan laman web ini agar
undangan kami tetap jelas dan tepat. Ampun maaf dipohonkan atas
segala kelemahan & kekurangan kami ini.
Akhir
kalam, pohonkanlah doa untuk kami agar majlis ini nanti berlangsung
sebaiknya dan ikatan suci yang akan kami bina ini tetap kekal ke
akhir hayat disamping sentiasa di redhai dan diberkati Allah. Semoga
kehidupan kita semua ini sentiasa dipenuhi Al-Mawaddah & Al-Rahmah
di duni & di akhirat kelak. InsyaAllah, wassalam...
|