Kursus Merealisasikan Matlamat Organisasi, Perekayasaan Semula Fungsi UAD
Unit Audit Dalam telah menganjurkan Kursus Merealisasikan Matlamat Organisasi, Perekayasaan Semula Fungsi UAD pada 18 dan 19 November 2014 di RHR Hotel Uniten. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk menetapkan tujuan dan objektif yang ingin dicapai oleh UAD di samping mengenal pasti keperluan IPPF yang perlu difahami dan dipenuhi. Kursus ini disertai oleh 17 kakitangan Unit Audit Dalam, UKM dan selebihnya adalah peserta dari pelbagai agensi iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Maktab Koperasi (MKN), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam. Penceramah yang berpengalaman telah dijemput khas daripadaUniversiti Malaya (UM) iaitu Dr. Nurmazilah Dato’ Mahzan (Pensyarah Fakulti Perniagaan danPerakaunan, UM). Adalah diharapkan melalui kursus ini akan dapat memberi panduan kepada juruaudit terhadap keperluan IPPF dalam bidang tugas dan membantu peserta memperkukuhkan asas dalam bidang pengauditan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kompetensi dalam menjalankan pengauditan.