TAKLIMAT KESEDARAN TENTANG BAHAYA DENGGI DAN CARA PEMBASMIAN YANG BERKESAN BAGI MENGHINDARI DARI AEDES
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Unit Audit Dalam UKM telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Tentang Bahaya Denggi Dan Cara Pembasmian Yang Berkesan Bagi Menghindari Dari AEDES. Taklimat ini telah diadakan pada 13 OgosĀ 2015 (Khamis) di Bilik Mesyuarat UAD yang telah disampaikan oleh Dr. Roslan Bin Abdul Jalil (Ketua Pusat Kesihatan Universiti). Taklimat ini bertujuan bagi menambahkan pengetahuan dan pemahaman berkenaan cara pembasmian, bahaya dan kesan berkaitan AEDES dan denggi yang menjadi musuh negara yang utama pada ketika ini. Diharapkan taklimat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu langkah pencegahan disamping boleh menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua kakitangan UAD. Penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UAD atas kerjasama yang diberikan sehingga taklimat dapat dijalankan dengan lancar.