MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN UNIT AUDIT DALAM UKM 2015

DSC_0166

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) Tahun 2015 pada 09 hingga 10 Oktober 2015 di Klana Beach Resort, Port Dickson dan disambung semula pada 20 hingga 21 Oktober 2015 di Bilik Mesyuarat Unit Audit Dalam, UKM. Mesyuarat ini melibatkan semua kakitangan di Unit Audit Dalam. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk melihat prestasi pencapaian UAD sepanjang tahun 2015 bermula Januari hingga September 2015. Tempoh 3 bulan sebelum berakhir tahun 2015 akan digunakan untuk memperbaiki mana-mana prestasi yang diluar pencapaian supaya diakhir tahun prestasi yang diperolehi adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti yang disasarkan.

Selain daripada itu, pembentangan program pengauditan untuk tahun hadapan turut dibentangkan oleh setiap kumpulan berdasarkan pertimbangan risiko dan maklum balas yang diperolehi dari pelbagai peringkat warga dan pelajar UKM. Selain itu, perancangan peruntukan untuk tahun 2016 juga turut dibincangkan berdasarkan kepada aktiviti audit, kualiti dan kebajikan serta keperluan kakitangan.

MSP ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya. Tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan MSP tahun 2015 ini. Semoga tahun-tahun hadapan akan menyaksikan peningkatan terutama dalam keefisienan dan keberkesanan pengauditan yang dilaksanakan