PROGRAM HARI KELUARGA UAD 2015

DSC_0480

 Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan Program Hari Keluarga UAD 2015 pada 10 -11 Oktober 2015 di Klana Beach Resort, Port Dickson. Program ini melibatkan semua kakitangan dan ahli keluarga Unit Audit Dalam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan ahli keluarga UAD. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan mutu dan semangat setiakawan dalam kerja berpasukan yang memberi impak positif kepada jabatan.

Program ini dianjurkan hasil kerjasama Jawatankuasa Tabung Kebajikan Kakitangan Unit Audit Dalam (TAKUA). Hari Keluarga UAD dimulakan dengan Majlis Makan Malam BBQ dan acara sukaneka pada keesokkan harinya. Terima kasih diucapkan kepada semua warga UAD serta ahli keluarga yang menjayakan Program Hari Keluarga UAD 2015 dan sekalung tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi acara yang dipertandingkan dalam program ini. Diharapkan program seperti ini akan dapt diteruskan pada masa akan datang.