Program Neuro Linguistic Programming (NLP) Untuk Auditor

 

nlp

Program Neuro Linguistic Programming (NLP) Untuk Auditor telah diadakan pada 24 – 25 Mei 2016 (Selasa-Rabu) bertempat di Bilik Pujangga 3, Hotel Puri Pujangga, UKM. Program ini disertai oleh semua kakitangan di Unit Audit Dalam (UAD), UKM. Penceramah untuk program ini ialah Tuan Ungku Azlan Shah Ungku Chulan daripada Global Genius Consultant Sdn. Bhd.yang mempunyai Certified NLP Trainer (NFNLP).

Kursus ini diadakan bertujuan bagi memberi peluang kepada semua kakitangan UAD untuk memahami dan mendapatkan ilmu pengetahuan yang khusus dalam program NLP. Objektif utama program ini ialah untuk membantu para peserta dari segi cara berkomunikasi dengan lebih efektif. Ini kerana, komunikasi yang baik amat diperlukan memandangkan seorang juruaudit mempunyai klien (auditi) daripada pelbagai peringkat. Keduanya, program ini juga membantu kakitangan untuk berdaya sumber dengan idea-idea yang bernas memandangkan tugas sebagai juruaudit adalah tidak mudah kerana pihak pengurusan dan pihak auditi sentiasa mahukan idea-idea baru bagi membantu mereka di dalam organisasi. Ketiga, program ini juga membantu kakitangan untuk mengetahui teknik-teknik mengawal emosi seperti kecewa, marah, malas dan sebagainya semasa melaksanakan tugas. Ini bagi memastikan kerja-kerja harian yang dilaksanakan dapat diuruskan dengan baik tanpa tekanan.

Pihak Audit Dalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penceramah sepanjang 2 hari program NLP ini berlangsung. Terima kasih juga di atas kerjasama yang diberikan oleh peserta program. Pihak audit berharap program ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan ianya boleh digunakan semasa bekerja mahupun dalam kehidupan harian.