Latihan Kawad Kebakaran Bagi Aras 4 dan 5 Di Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas

Pada 17/08/2016 bermula jam 10.00 pagi, satu latihan kawad kebakaran telah diadakan bagi aras 4 dan aras 5 di Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas UKM yang melibatkan 4 PTJ iaitu UAD, KITA, Unit Penguatkuasaan Jabatan Bendahari dan Pejabat Yayasan Canselor (PYC). Melalui latihan ini, ianya akan dapat memberi pendedahan kepada semua staf berkenaan tindakan yang perlu dibuat semasa kecemasan berlaku. Namun sebelum latihan kawad kebakaran tersebut, satu Taklimat Kawad Kebakaran telah diadakan terlebih dahulu pada 9 Ogos 2016 (Selasa) yang disampaikan oleh penceramah dari ROSH UKM.

Latihan Kawad Kebakaran dimulakan dengan bunyi fire alarm yang menjadi isyarat kepada semua staf Aras 4 dan 5 untuk bertindak dan berkumpul di Tempat Letak Kereta di Aras G (berhadapan surau dan kafeteria). Setelah kiraan staf setiap PTJ dibuat dan dilaporkan, satu demo pemadaman api menggunakan alat pemadam api oleh Bahagian Keselamatan telah dibuat dan turut disertai oleh beberapa staf.

Secara keseluruhannya, latihan kawad kebakaran yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Adhoc Latihan Kawad Kebakaran yang dipengerusikan oleh UAD berjalan lancar seperti yang diharapkan. Semoga latihan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dan diharapkan dapat melibatkan satu bangunan Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas.