KURSUS RISK BASED INTERNAL AUDITING (RBIA) : A VALUE ADD PROPOSITION

Pada 24 dan 25 November 2016, Unit Audit Dalam (UAD)UKM telah menganjurkan kursus RBIA: A Value Add Proposition bertempat di Bilik Pujangga 3, Hotel Puri Pujangga UKM. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah dari The Institute of Internal Auditors Malaysia(IIAM) iaitu Puan Nur Hayati Baharuddin yang juga merupakan Pengarah Eksekutif IIAM.Seramai 16 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 15 orang staf UAD UKM yang terlibat dalam pengauditan dan seorang staf dari UAD UKM Holdings.

Kursus RBIA ini dianjurkan di bawah Jawatankuasa Quality Assurance Review (QAR) UAD UKM yang bertujuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan pendedahan berkenaan dengan perancangan audit berasaskan risiko selaras dengan IPPF Standard 2010 yang menyatakan keperluan Ketua Eksekutif Audit mewujudkan satu perancangan berasaskan risiko bagi menentukan keutamaan aktiviti audit dalaman selaras dengan matlamat organisasi.  Kursus ini juga sebagai persediaan kepada UAD UKM sebelum dinilai oleh IIAM untuk QAR. Kaedah kursus adalah melalui pembentangan slaid oleh penceramah, 2 kajian kes dan sesi soal jawab.

 

Secara keseluruhannya, kursus RBIA yang dijalankan berjalan lancar dan memenuhi objektif yang ingin dicapai. Adalah diharapkan ilmu yang telah dipelajari ini dapat dilaksanakan oleh UAD UKM supaya perancangan audit yang disediakan kelak selaras dengan standard IPPF dan amalan terbaik organisasi.