LAWATAN DARI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) KUALA KANGSAR, PERAK

Unit Audit Dalam (UAD) UKM telah menerima lawatan dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak pada 30 November 2016 (Rabu). Seramai 7 orang staf USAS yang terlibat dalam lawatan tersebut diketuai oleh Puan Fauzana Ahmad Rasli, Pengurus Unit Audit Dalam USAS.

Dalam lawatan tersebut, pihak USAS dan Unit Audit Dalam UKM telah berkongsi pengalaman khususnya berkaitan peranan UAD, jenis & proses pengauditan, Jawatankuasa Audit, isu audit yang berbangkit dan pengauditan ISO yang dilaksanakan di UKM.

Selain daripada sesi taklimat yang dijalankan di pejabat UAD, pihak USAS juga telah dibawa melawat ke Taman Inovasi Teknologi Tenaga Suria untuk melihat projek-projek yang dibuat oleh para penyelidik dan pelajar UKM.

Pihak UAD UKM berharap dengan lawatan dan kunjungan muhibbah daripada USAS dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara kedua-dua organisasi.