“Sharing Session” Zon Tengah

Unit Audit Dalam (UAD) UKM telah mengadakan program “Sharing Session” Zon Tengah yang telah dijalankan pada 25 Mei 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Auditorium FTSM. Program ini melibatkan 66 orang peserta daripada 14 buah Universiti Awam seluruh Malaysia.

Antara objektif “Sharing Session” ini diadakan adalah untuk membuat perkongsian mengenai Kerelevanan Audit Dalam dari kaca mata Lembaga Pengarah yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Zakie Ahmad Shariff dan Perkongsian Hasil Laporan Audit Negara oleh 3 Universiti Awam iaitu Unisza, UPNM dan UMK.

Program “Sharing Session” Zon Tengah telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Segala output yang diperolehi daripada program tersebut memberi sedikit tambahan ilmu kepada peserta. Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan para peserta daripada semua IPTA Awam yang terlibat kerjasama untuk menjayakan program ini.