Kursus Lanjutan Implementation Of COSO Framework
Pada 03 Oktober 2018 (Rabu), Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan Kursus Lanjutan Implementation of COSO Framework yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat UAD. Kursus ini melibatkan semua kakitangan yang menjalankan pengauditan. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mohd Norazlisham Mohd Amin –CISA, CA(M),MIPA,AFMIM. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap kefahaman Juruaudit dan Penolong Juruaudit dalam melaksanakan pengauditan berlandaskan kerangka kerja COSO dan mengenalpasti penambahbaikan dan pelan tindakan yang berpotensi dalam menyusun semula program pengauditan.
Kursus ini telah dilaksanakan pada hujung tahun 2017 selama 2 hari iaitu pada 04 hingga 05 Oktober 2017 bertempat di Bilik Seminar 17, Fakulti Ekonomi & Pengurusan. Bagi melihat peluang penambahbaikan dan tahap kefahaman Juruaudit dan Penolong Juruaudit dalam menggunakan elemen COSO dalam penyediaan LOI dan laporan audit, pihak pengurusan Unit Audit Dalam telah bersetuju untuk membuat kursus lanjutan bagi tujuan tersebut.
Dalam sesi kali ini, setiap kumpulan audit diminta untuk membentangkan satu tajuk audit yang telah selesai untuk dinilai dan diberi komen oleh penceramah mengenai penggunaan elemen COSO dalam menjalankan pengauditan.Penceramah menyarankan setiap “Principles” dan “Point of Focus” dalam elemen COSO dilihat dan diterapkan di dalam pengauditan bagi mencapai objektif pengauditan yang ingin dilaksanakan.
Pihak audit berharap kursus seperti ini dapat diteruskan bagi meningkatkan kualiti dan nilai tambah di dalam pengauditan dan laporan audit yang disediakan.