TAZKIRAH RAMADHAN

Tazkirah bulan Ramadhan telah diadakan pada 12 April, 17 dan 24 Mei 2019 bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Karim dan sebagai pengisian rohani bagi mempertingkatkan keimanan serta kefahaman dalam menempuh rukun islam yang ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Tazkirah ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Arif Bin Nazri, Ustaz Musa Bin Moslim dan Dr. Muhamad Faisal Bin Asha’ari. Program ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Audit Dalam dan telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektifnya.

Unit Audit Dalam berharap, program tazkirah ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu program pengisian rohani disamping menambahkan pemahaman serta peringatan pada diridalam meningkatkan ibadah.