LAWATAN KERJA PEJABAT AUDIT DALAM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM).
Pada 28Jun 2019(Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, seramai empat staf Pejabat Audit Dalam UIAMyang diketuai oleh Puan Hjh. Ainun Mardziyah Hj. Hassan, En. Mohd Hazrin Ibrahim, Cik Dianasasmita Bakhtiar dan Cik Nur Izwani Nasharuddin telah melakukan lawatan kerja ke UAD UKM untuk bertukar pandangan tentang operasi di HCTM serta isu audit berkaitan hospital.
Pihak UAD UKM telah menjemput pegawai-pegawai daripada Pejabat Pengarah HCTM dan Jabatan Bendahari Kampus Kuala Lumpur untuk memberi taklimat ringkas berkaitan sejarah dan pengorganisasian HCTM serta pengurusan kewangan yang dilaksanakan. Pegawai-pegawai UKM yang hadir adalah En. Ahmad Zamri Noordin (Pejabat Pengarah), Pn. Norliza Abd. Halim, Pn. Norisma Anor Basri, Pn. NurulĀ Fahizah Khalid, En. Shaharudin Rosni, En. Ahmad @ Norli Jusoh dan Cik Asmahira Abdullah (Pejabat Bendahari KKL), En. Azman Mohd Nor, Pn. Norsalwa Mohamad Jaafar dan Pn. Nurmasdiana Salim (UAD).
Di antara topik-topik yang dibincangkan adalah berkaitan struktur organisasi HCTM, cabaran yang dihadapi, perolehan, aset, hasil hospital, penggunaan sistem dan isu-isu audit.UAD UKM berharap lawatan kerja oleh Pejabat Audit Dalam, UIAM dapat mengeratkan silatulrahim antara kedua-dua organisasi serta membuka lebih ruang kepada jaringan kerjasama audit.