SANGGAR KERJA DAN HARI KELUARGA UAD 2019

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan Program Sanggar Kerja dan Hari Keluarga UAD 2019 pada 08 hingga 10 Disember 2019 di D’Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak, Melaka. Program ini dimulakan dengan slot kursus yang berkaitan dengan aspek mengenal diri dan mengenal pencipta serta didedahkan juga dengan konsep kerohanian dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan dan pekerjaan. Kakitangan juga turut didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh memberi mudarat kepada akidah dan keimanan seseorang. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mohd Fakhrurrazi Bin Mohd Hanapi Al Hafiz (PU Razi). Objektif program ini diadakan adalah bagi memberi latihan dan pendedahan kepada staf bagi memupuk minda positif dalam persekitaran kerja serta perkongsian berkaitan pengurusan stress. Kursus ini melibatkan semua kakitangan Unit Audit Dalam.

Program diteruskan dengan Hari keluarga UAD yang turut melibatkan ahli keluarga kakitangan UAD. Program ini dikekalkan seperti tahun-tahun sebelumnya bagi mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan ahli keluarga UAD. Selain itu juga, program ini dapat meningkatkan mutu dan semangat setiakawan dalam kerja berpasukan yang turut memberi impak positif kepada jabatan.

Hari Keluarga UAD ini dianjurkan hasil kerjasama daripada Jawatankuasa Tabung Kebajikan Kakitangan Unit Audit Dalam (TAKUA). Program ini dimulakan dengan Majlis Makan Malam BBQ dan acara sukaneka pada keesokkan harinya. Terima kasih diucapkan kepada semua warga UAD serta ahli keluarga yang menjayakan Program Hari Keluarga UAD bagi 2019.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi acara yang dipertandingkan dan diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.