Bengkel Kesedaran ISO dan 5S

Unit Audit Dalam telah selesai menjalankan Bengkel Kesedaran ISO pada 8-9 Disember 2011 bertempat di Puri Pujangga UKM dan pejabat Unit Audit Dalam di Kolej Keris Mas, UKM. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan, kefahaman, garis panduan dan perlaksanaan mengenai ISO bagi membolehkan kakitangan melaksanakan proses ini dengan jayanya. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah En. Norhishah Bin Elias daripada Jabatan Kualiti, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel ini juga membincangkan mengenai 5S dan cadangan penambahbaikan 5S yang boleh dilaksanakan di Pejabat Unit Audit Dalam. Bengkel Kesedaran ISO yang diadakan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tahniah diucapkan kepada warga Unit Audit Dalam yang memberikan kerjasama dalam bengkel yang diadakan. Diharapkan taklimat yang diberikan dapat membantu warga Unit Audit Dalam sebagai persediaan untuk menghadapi ISO pada tahun 2012.